Hampir setiap dari kita menghabiskan satu per tiga daripada
kehidupan kita diatas katil, namun kita tidak memikirkan betapa pentingnya
peranan katil atau lapik tilam dan bagaimana ia boleh menganggu tulang belakang
dan kesihatan kita. Tidak ada perkakasan lain di kediaman kita yang digunakan
sekerapnya atau tidak ada yang menjejaskan kesihatan menyeluruh lebih banyak
berbanding katil atau lapik tilam yang kita gunakan sewaktu berbaring.
Tidur adalah sangat penting bagi
semua. Tidur, seperti juga permakanan dan senaman, penting agar minda dan tubuh
dapat berfungsi secara normal. Sebenarnya, manusia boleh hidup lebih lama tanpa
makanan dan minuman, berbanding hidup tanpa tidur. Eksperimen sains menunjukkan
tikus yang kekurangan tidur akan menjadi kurang upaya dengan kesihatan yang
merosot secara mendadak. Kekurangan tidur boleh menyebabkan tahap kesihatan
menurun. Tulang belakang terutamanya, mendapat kebaikkan besar dari tidur yang
mencukupi dan sokongan yang baik semasa tidur. Tulang belakang berkerja keras
setiap hari untuk menyokong tubuh dan fungsi tubuh. Tempoh rehat semasa tidur
adalah penting bagi mengekalkan fungsi yang sepatutnya oleh sebab itulah lapik
tilam yang elok amat penting bagi memelihara kesihatan mental dan fizikal.
Memilih Lapik Tilam Yang Betul
Lapik tilam yang baik dan elok
membawa perbezaan besar kepada kualiti tidur yang anda perolehi setiap malam.
Katil yang tidak sesuai boleh menyebabkan kepala, leher dan tulang belakang
mengalami mampatan dan banyak keadaan lain yang boleh menganggu anda dengan
teruk. Sendi pada tulang belakang boleh terkunci dan mengeras sehingga
menyebabkan meningkatnya kesakitan dibelakang atau leher serta menyebabkan
ketidakselesaan. Tilam boleh menolong atau menghalang pemulihan keadaan
sedemikian. Tilam yang tidak menawarkan sokongan mencukupi pada tulang belakang
akan menyebabkan peningkatan kelesuan otot dan tidur tidak berkualiti.
Lots of beneficial in a row. I give rise to bookmarked your place.
ReplyDelete[url=http://acnetreatments250.blinkweb.com/]Acne home remedies[/url]
Thanks for visiting my site.
Delete