Air Sistem Penyembuh Semula jadi Tubuh
Air sememangnya hadir dalam hidup manusia sejak dahulu lagi. Sebenarnya, bumi bermula dengan dikelilingi oleh air. Dari abad ke 19 hingga ke 21, sains penyembuhan air berkembang dan berevolusi daripada satu abad ke abad yang lain. Saya memang kagum dan tertarik dengan air sejak dahulu lagi.
Air adalah lebih daripada fenomena yang jitu dan ibu segala penyakit. Kandungan dan keupayaan air tidak dapat diukur dengan kepastian secara saintifik. Ia adalah satu elemen misteri yang hidup dan menghidupkan. Air adalah satu pembawa, pengantara dan penghasil tenaga yang kuat. Ia berupaya menghubung, mengubah bentuk dan merakam elemen fizikal serta daya tenaga pada tahap fizikal, mental dan rohani.
Kita tidak akan sihat tanpa air yang sihat kerana air memang berhubung rapat dengan sistem penyembuhan. Oleh itu, air menjadi satu daripada penyembuh terbaik untuk manusia. Saya ingin membawa anda sekalian melihat evolusi air dan hubung kaitnya dengan penyakit.
Kita bermula dengan abad ke-19 yang mana jenis atau sumber air pada waktu itu adalah air gunung, sungai, mata air, perigi atau air bawah tanah, air paip, air botol serta air suling dan pada ketika itu juga penyakit yang ketara adalah penyakit yang boleh berjangkit seperti malaria, disentri, typhoid dan lain-lain.
Apabila masuk ke abad-20, kualiti sumber air minum yang disebut di atas menjadi tanda tanya akibat pencemaran. Ini menyebabkan air diproses bersama klorin untuk membunuh bakteria dan menghalang penyakit. Contohnya seperti air bawah tanah, ia melalui penapisan semula jadi seperti tanah dan batu-bata sepatutnya juga air terbaik untuk diminum kerana kandungan tenaga yang tinggi. Bagaimanapun, pada hari ini, air perigi serta punca air bawah tanah tidak lagi selamat untuk diminum kerana pencemaran. Sisa-sisa kimia pertanian seperti atrozine dan trichloroethylene dikesan dalam sumber air ini. Malangnya, sisa-sisa ini dan toksik dari kawasan perindustrian meresap ke dalam bumi dan mencemarinya. Pembangunan dan perindustrian pesat pula mengakibatkan sumber air dari sungai yang dirawat di loji pembersihan terlampau tercemar. Pada zaman ini penyakit tidak berjangkit sudah mula menapak seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini adalah akibat daripada air, makanan, udara, gaya hidup dan persekitaran.
Pada awal abad ke-20 ini, wujudnya air karbon yang diaktifkan, air RO (reverse osmosis) atau air tulen, air oksigen, air yang dilembutkan dan juga air berasid. Contoh yang akan saya ambil adalah air RO atau air tulen.
Air tulen ini menggunakan teknologi reverse osmosis yang mempunyai kelebihannya yang tersendiri, tetapi kadangkala ia membabitkan perbelanjaan yang banyak kerana memerlukan kerja pemasangan dan paip tambahan. Saya juga mendapati yang teknologi ini banyak membazirkan air. Pengguna juga memerlukan tenaga elektrik untuk menggerakkan pam dengan tujuan menolak air melalui membran nipis yang digunakan. Jika tiada pilihan lain ketika itu, saya akan memilih untuk menggunakan air ini. Bagaimanapun, apabila masa semakin berlalu, pelbagai teknologi air yang baru pula muncul.
Pada pertengahan abad ke-20 pula kita memasuki satu era baru yang mana air yang menggunakan teknologi tanah liat diaktifkan bermula. Air membrane, quartz, kristal, air yang dimagnetkan, air tenaga, air pi dan juga air diionkan. Setiap satu jenis air ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
Namun, apabila kita masuk ke abad yang baru, sains perubahan air makin berubah. Contohnya pada akhir abad ke-20, wujud pelbagai jenis air seperti air radionik, elektronik, bio photonic dan aura-vibrational. Contoh yang akan diambil adalah air bermagnet yang menggunakan teknologi magnet yang mana statistik menunjukkan ia mempunyai kemampuan menyembuhkan penyakit seperti pencernaan, batu karang, asma, tekanan darah rendah dan juga pelbagai penyakit kronik yang lain.
Pada abad ke-21 pula, wujud jenis air yang menggunakan sistem tapisan berkatrij yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Ada jenis sistem tapisan air ini yang terbukti membantu menyembuhkan pelbagai penyakit kronik dan tidak mempunyai apa-apa kesan sampingan negatif. Selain menggunakan sistem tapisan berkatrij ia juga menggunakan teknologi memori yang dipertingkatkan dan bertahan lama yang lebih mampu memberikan manfaat kepada mereka yang minum air jenis ini.
Teknologi air ini bersandarkan kepada Sistem Penyembuhan Semulajadi Manusia atau "Self-Healing-System" (SHS). SHS kita merangkumi pertuturan, pemikiran dan tingkah laku kita sendiri yang sebenarnya adalah sama pentingnya dengan air yang kita minum, makanan yang kita makan, persekitaran dan gaya hidup yang kita lalui. Semua penyakit datangnya daripada rohani dan fizikal. Oleh itu, rawatan hendaklah merangkumi Minda, Fizikal dan Rohani. Singgahsana kesejahteraan adalah terletak dalam hati kita. Penyembuhan berlaku apabila hati kita bersih dan suci. Terapi ini saya namakan Terapi MIFIRO atau Terapi Minda, Fizikal dan Rohaniah.
Berdasarkan prinsip ini, maka sains perubatan air mengorak satu lagi langkah dengan menembusi aliran tenaga melalui penghijrahan informasi dan nutrien ke dalam badan kita untuk memberi keseimbangan Minda, Fizikal dan Rohaniah. Terbukti bahawa air adalah sumber penting di dalam kehidupan manusia dan ia adalah sistem penyembuhan semula jadi di dalam badan kita.
Klik disini untuk mendapatkan maklumat berkenaan penapis air Beyond Water.
Klik disini untuk mendapatkan maklumat berkenaan penapis air Beyond Water.
No comments:
Post a Comment