Follow us on Google+

Monday, December 3, 2012

Care for home tech : Beyond Micro Plasma - Soal Jawab



Soalan : Mengapakah kualiti udara dalaman ada kena-mengena dengan saya?
Jawapan :
Zarahan halus yang sukar dilihat terapung didalam udara yang kita hidu adalah ancaman utama kepada kesihatan kita. Ia menawan mekanisme penapisan tubuh dan menembus mendalam ke tisu paru-paru, membawa bersama sebatian toksik yang diserap kedalam tubuh. Zarahan merbahaya ini termasuk hama, kepingan kulit dan bulu haiwan peliharaan, spora kulapuk, debunga, bahan kimia dan bau merangsangkan tindak balas alahan pada ramai orang. Beberapa tindak balas alahan seperti asma boleh menjadi teruk dan mengancam nyawa. Selsema, mata berair, sakit kepala berulang kali dan kelesuan adalah antara simptom-simptom alahan yang mungkin. Ramai yang menderita keadaan sedemikian, tanpa mengetahui ia adalah berkaitan dengan alahan dan pencegahannya tersedia dengan pengunaan penulenan udara yang sesuai dan berkesan seperti BEYOND MICROPLASMA AIR PURIFIER.


Soalan : Bagaimanakah pencemar ini menjadi sebahagian daripada bawaan udara?
Jawapan :
Zarahan pencemar akan terkandung dalam udara melalui aktiviti normal di kediaman seperti duduk diatas sofa, berjalan dikawasan berpermaidani, mengemas katil, mengelap habuk, membuka tingkap atau "blind", haiwan peliharaan yang mengaru badannya atau yang berlari-lari. Zarahan bersaiz mikron akan terkandung dalam udara berjam-jam lamanya dan membawa bahaya kesihatan kepada penghuninya.


Soalan : Apakah maksud VOC?
Jawapan :
VOC bermaksud Volatile Organic Compounds (Sebatian Organik Meruap), iaitu gas molekul seperti formaldehid dan amonia yang sangat merbahaya terhadap kesihatan anda. BEYOND MICROPLASMA AIR PURIFIER direka mengandungi Penapis Karbon Bergranul Teraktif yang dapat menangani VOC.


Soalan : Apakah teknologi Ion Mikroplasma Beyond?
Jawapan :
Antara kaedah pembersihan yang digunakan untuk penulenan udara hari ini adalah Penapis HEPA, Penapis True HEPA, Penapis Karbon Bergranul Teraktif, Penapis Nano Perak dan Penapis Elektrostatik, dan lain-lain. BEYOND MICROPLASMA AIR PURIFIER mengunakan Teknologi Ion Mikroplasma yang merupakan teknologi tercanggih untuk memberikan rawatan pembersihan, penulenan dan pensterilan terbaik. Teknologi Ion Mikroplasma Beyond menghasilkan ion Positif dan ion Negatif yang berkisar dan merawat udara.


Soalan : Bagaimanakah Teknologi Ion Mikroplasma bertindak?
Jawapan :
Teknologi Ion Mikroplasma Beyond bertindak menghasilkan ion Positif dan ion Negatif yang berkisar dalam udara dan berkumpul disekeliling zarahan bawaan udara seperti molekul bau atau bakteria. Apabila molekul bawaan udara ini dikepung oleh gugusan ion Positif dan ion Negatif, satu tindak balas kimia berlaku di mana ion mengekstrak hidrogen atau nitrogen daripada molekul dan menjadikannya tidak aktif dan tidak merbahaya.


Soalan : Apakah True-HEPA dan apakah yang menjadikannya istimewa?
Jawapan :
Sistem penulenan udara True-HEPA menawarkan teknologi penulenan udara. Ia menyingkirkan sehingga 99.97% zarahan daripada udara yang melalui penapis. Maknanya, bagi setiap 10,000 zarahan udara yang melalui penapis, hanya 3 zarahan yang dapat menembusinya! Dengan pengunaan berterusan, BEYOND MICROPLASMA AIR PURIFIER akan dapat menghasilkan persekitaran kediaman atau pejabat terbersih untuk kehidupan yang lebih sihat. Teknologi yang sama digunakan didalam bilik pembedahan hospital dan persekitaran bilik bersih berteknologi tinggi lain. ia bertindak dengan melalukan semua udara menerusi Penapis True-HEPA dan 3 penapis lain untuk hasil penulenan udara maksimum! Persatuan Paru-paru Amerika Syarikat (American Lung Association) mengkelaskan Penapis True-HEPA sebagai penapis mekanikal paling cepat menyingkirkan zarahan bawaan udara. Nikmati kelebihan True-HEPA dengan BEYOND MICROPLASMA AIR PURIFIER!


Soalan : Di manakah perlu saya letakkan unit BEYOND MICROPLASMA AIR PURIFIER saya untuk kecekapan maksimum?
Jawapan :
Anda boleh meletakkan BEYOND MICROPLASMA AIR PURIFIER anda dimana-mana sahaja di kediaman atau pejabat memandangkan unit ini berekaan estetika dengan tapak kaki yang kecil yang boleh disesuaikan dengan sebarang hiasan atau situasi. Namun begitu, diingatkan bahawa terdapat kawasan yang tidak disyorkan seperti yang disenaraikan didalam manual. Operasi untuk pengoperasian yang selamat tanpa masalah.


Soalan : Apakah kelebihan mengunakan Penapis Karbon Bergranul Teraktif?
Jawapan :
Penapis udara biasa yang lain mengunakan sistem seperti penapis elektrostatik, bagi membantu mengumpul zarahan habuk. Ia tidak dapat menyingkirkan bahan kimia dan bau secara efektif daripada udara. BEYOND MICROPLASMA AIR PURIFIER mengunakan Penapis Karbon Bergranul Teraktif termaju yang memerangkap bahan kimia, gas dan bau dengan kecekapan optimum. Apabila digabungkan dengan Penapis True-HEPA, Pra-Penapis Boleh Cuci dan Penapis Nano Perak,BEYOND MICROPLASMA AIR PURIFIER menawarkan penulenan udara secekap mungkin. Penapis Karbon Bergranul Teraktif merupakan bahan yang diketahui mempunyai kuasa jerapan paling kuat. Dalam satu paun karbon terdapat berbilang-bilang liang-liang seni untuk memerangkap gas dan bau. Ia adalah selamat, jimat kos dan sangat berkesan sehingga ia digunakan meluas dalam topeng gas tentera.


Soalan : Terdapat ramai penghisap rokok di dalam pejabat saya. Bagaimanakah saya boleh melindungi diri saya daripada masalah asap sekunder?
Jawapan :
BEYOND MICROPLASMA AIR PURIFIER amat berkesan mengurangkan dan menyingkirkan pencemar asap tembakau dan bau dalaman. Dengan Penapis True-HEPA termaju dan Penapis Karbon Bergranul Teraktif termaju, ia menawarkan penyelesaian terbaik untuk membantu mengawal bahan kimia dan bau yang berkaitan dengan merokok. Ion Negatif dan Ion Positif berkuasa yang dijanakan Penjana Ion Mikroplasma bertindak mengurai sumber bau yang menjengkelkan itu secara berkesan.


Soalan : Adakah senang menukar penapisnya? Adakah arahan disertakan?
Jawapan
Penapis pada BEYOND MICROPLASMA AIR PURIFIER amat mudah ditukar ganti. Ia boleh diservis dengan kerap (Sila rujuk Manual Operasi) dengan arahan jelas sebagai panduan. Hanya tanggalkan penapis lama dan gantikan dengan yang baru, mudah sahaja.

Zarahan bawaan udara menjengkelkan termasuklah debunga spora kulapok, kepingan bulu dan kulit kucing, asap tembakau dan habuk. Zarahan bawaan udara dijanakan berterusan oleh sumber kediaman. BEYOND MICROPLASMA AIR PURIFIER berkesan membantu menanggalkan zarahan dan alergen bawaan udara dari kediaman atau pejabat anda. Mulah menhirup udara yang lebih bersih, lebih segar dan lebih menyihatkan hari ini. BEYOND MICROPLASMA AIR PURIFIER menerajui dengan kuasa pembersihan udara yang menakjubkan, tiada tandingannya!

Klik disini untuk maklumat lebih lanjut berkenaan Beyond Microplasma Air Purifier.

No comments:

Post a Comment

Facebook like button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...