Follow us on Google+

Monday, March 26, 2012

Mengapa Pentingnya Kualiti Udara Dalaman?

Kualiti udara dalaman adalah sepenting kualiti udara luaran! Udara yang anda sedut sepatutnya dalam keadaan sebersih mungkin. Kita hanya focus kepada pencemaran udara luaran, sedangkan terdapat banyak pencemar dalaman yang perlu diberi perhatian dan diambil tindakan.

 

Punca kerisauan :

  • Udara dalaman selalunya lebih tercemar berbanding udara luaran.
  • Secara puratanya, kita menghabiskan 90% atau lebih daripada masa kita setiap hari did alam kediaman, sekolah atau tempat kerja.
  • Warga tua, kanak-kanak, bayi, wanita hamil dan mereka yang mempunyai alahan, asma atau lelah dan penyakit pernafasan lain adalah lebih rentan kepada masalah pencemaran udara dalaman.
  • Kualiti udara dalaman yang tidak memuaskan disenaraikan sebagai ancaman alam sekitar kepada masyarakat. Pencemaran udara dalaman adalah diantara lima pembawa risiko kesihatan alam sekitar. Memiliki Penulen Udara yang sesuai boleh membawa implikasi besar terhadap kualiti udara dalaman.
  • Menurut penyelidikkan, pencemaran biasa did alam kediaman dan pejabat telah kian diiktiraf sebagai pengancam kesihatan pernafasan kita.
  • Kian ramai orang terjejas dengan keadaan alahan seperti demam alergi (hay fever). Belajar mengawal persekitaran kediaman bagi mengurangkan tahap allergen adalah penting bagi menangani alahan sedemikian.
  • Asma atau lelah adalah penyakit pernafasan kronik yang melibatkan semua peringkat umur. Bilangan pengidap asma telah meningkat naik sejak dua dekad lalu. Di Malaysia, asma dilaporkan menyerang lebih daripada 1 juta rakyat, manakala di Singapura pula, angkanya melebihi 200,000 orang. Kekerapan berlakunya jerebu telah meningkatkan masalah tersebut dan dengan ini, perhatian segera adalah amat diperlukan.
  • Pencemaran biasa boleh memasuki kediaman kita melalui kebocoran udara pada struktur kediaman.

No comments:

Post a Comment

Facebook like button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...