Follow us on Google+

Saturday, March 31, 2012

Penyakit Paru-paru

Penyakit Apakah Yang Menjejaskan Paru-paru?

  1. Bronkitis Akut
  2. Asma (Lelah)
  3. Emfisema
  4. Penyakit Sekatan Pulmonari
  5. Pulmonary Disease
  6. Batuk
  7. Selsema
  8. Kanser Paru-paru
  9. Pneumonia



Apakah Penyebab Penyakit Paru-paru?

Ramai orang akan terkejut jika mereka mengetahui bahawa udara dalaman mengandungi sebanyak, jika tidak lebih, sumber pencemar udara luaran. Antara penyakit paru-paru yang dikenal pasti adalah seperti berikut;

Sebatian Organik Meruap
Sebatian Organik Meruap datangnya daripada pelarut dan bahan kimia yang sering digunakan pada kelengkapan pejabat atau kediaman. Sumber utamanya adalah seperti minyak wangi, penyembur bahan kimia, pengilat perabut, pelekat, pencegah serangga, pengawet kayu dan banyak produk lain yang digunakan didalam kediaman. Kesan utama terhadap kesihatan adalah kerengsaan mata, hidung dan tekak. Dalam kes-kes yang lebih teruk, mungkin menyebabkan sakit kepala, rasa loya dan hilang pertimbangan / koordinasi. Dalam jangka panjang, sebahagian pencemar disyaki merosakkan hati dan organ tubuh yang lain.

Asap Tembakau
Pencemar biasa ini menjanakan pelbagai bahan kimia merbahaya dan ia diketahui adalah penyebab kanser. Telah diketahui bahawa penghisap rokok pasif boleh menghidap pelbagai masalah kesihatan seperti mata merah, ganguan hidung dan tekak hingga ke kanser, bronchitis, asma yang teruk dan kelemahan fungsi paru-paru.

Racun Perosak
Racun perosak adalah dalam bentuk semburan aerosol seperti pencegah nyamuk atau serangga yang biasa digunakan di kediaman.

Pencemar Biologi
Pencemar biologi termasuklah seperti debunga tumbuhan, parasit, hama dan juga bakteria dari makanan yang terdedah. Kebanyakkan pencemar biologi adalah allergen dan ia boleh menyebabkan asma, demam alergi (hay fever) dan penyakit alahan lain.

Formaldehid
Gas ini dibebaskan daripada permaidani, zarah papan nipis, busa penebat dan lekapan perabut. Ia boleh menyebabkan ganguan pada mata dan hidung, manakala pendedahan yang lama kepadanya boleh menyebabkan resiko kesihatan yang serius.

Asbestos
Asbestos adalah gentian semula jadi yang terdiri daripada mineral dan digunakan sebagai papan siling. Gentian ini mudah terpecah kepada zarah halus yang terapung didalam udara. Apabila seseorang menghidu zarahan asbestos bawaan udara, ia akan melekat pada lapisan dalam paru-paru yang menyebabkan kerosakkan sel dan kanser paru-paru kerana ia memang dikenali sebagai karsinogen.

Radon
Radon adalah gas yang dibebaskan secara semula jadi oleh tanah dan batu. Ia boleh merosakkan paru-paru yang menjurus kepada kanser paru-paru. Pengudaraan yang tidak elok pada kediaman moden menyebabkan Radon terapung didalam udara dalaman kediaman, yang menyebabkan bahaya kepada yang menghuni kediaman tersebut.



Bagaimana kita hendak mengawalnya...

Terdapat dua cara mengawal pencemar udara dalaman… anda boleh pastikan ia tidak masuk kedalam kediaman anda atau anda boleh menyingkirkannya apabila ia memasuki kediaman anda. Memastikan ia tidak memasuki kediaman atau pejabat anda adalah tidak mudah atau tidak mungkin dapat dilakukan kerana ia memerlukan sekatan ketat untuk bergerak did alam dan keluar dari tempat tersebut. Oleh sebab itu, cara kedua iaitu menyingkirkan pencemar udara dalaman adalah cara ideal bagi melindungi kesihatan anda dan mereka yang anda sayangi.

No comments:

Post a Comment

Facebook like button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...