Pada hari ini, berjuta-juta manusia terdedah kepada bahaya
dan penyebaran meluas pencemar bawaan udara yang wujud pada udara dalaman. Yang
paling berisiko adalah kanak-kanak, warga tua, mereka yang menghidap penyakit
paru-paru dan kardiovaskular – golongan yang mempunyai daya ketahanan tubuh
yang kurang atau lemah. Pencemaran zarah udara dalam apa jua bentuk akan
meningkatkan risiko yang merosakkan kesihatan, kematian pra-matang, kanser
paru-paru, brionkitis kronik, malahan serangan jantung. Pencemaran udara
dalaman yang teruk mungkin menyebabkan serangan asma atau lelah, sesak nafas,
batuk, nafas berdehit dan menjurus kepada peningkatan penyakit pernafasan dan
kardiovaskular.
No comments:
Post a Comment