- Jus Tembikai
Cara Penyediaan - Buah tembikai dipotong dan bijinya dibuang. Kemudian dikisar. Minum sehari sekali, 2 – 3 jam selepas makan petang atau malam.
- Jus Oren
Cara Penyediaan - Potong buah oren, buang bijinya dan kemudian kisar sehingga hancur. Minum sehari sekali, 2 jam selepas makan pagi atau malam.
- Jus Mangga
Cara Penyediaan - Kupas mangga, buang bijinya dan potong dadu. Kemudian kisar bersama air yang dimasukkan sedikit demi sedikit. Minum sekali sehari di waktu pagi atau tengahari (2 – 3 jam selepas makan).
- Jus Pisang Embun
Cara Penyediaan - Buang kulit pisang embun dan kisar isinya. Minum sekali sehari, 2 jam selepas makan malam.
- Jus Epal
Cara Penyediaan - Bersihkan buah epal dan buang bijinya. Kemudian kisar sehingga hancur dan tambahkan air, sedikit demi sedikit. Minum sehari sekali selepas makan malam.
- Jus Jambu Batu
Cara Penyediaan - Bersihkan buah jambu batu dan buang bijinya. Kemudian kisar sehingga hancur dan lembut. Minum sehari sekali, 2 jam selepas makan pagi atau tengahari, atau malam.
- Jus Betik
Cara Penyediaan - Kupas buah betik, buang bijinya, potong dadu dan kisar. Minum sehari sekali, pada waktu siang atau malam (2 – 3 jam selepas makan).