Tidak menghargai kualiti air minuman kita adalah satu
kesilapan yang kita lakukan setiap hari. Jika air paip berasa, bau atau
kelihatan bersih, kita masih menganggapnya selamat untuk diminim, memberus gigi
dan mandi. Tetapi, sekiranya difikirkan peranan penting air didalam
penyelenggaraan kesihatan yang baik, pendekatan sedemikian adalah tidak elok.
Terdapat banyak factor di luar kawalan kita yang boleh
menjejaskan dengan drastic kualiti air paip kita. Pencermaran dalam bentuk
racun perosak, racun herba, cecair pencuci, tumpahan bahan kimia, tangki minyak
bocor dan pembunuh rumpai adalah sebahagian daripada pencemar air yang biasa
mengancam bekalan air kita setiap hari.
“Paip air besi bergalvani ini menunjukkan tanda berkerumping
dengan pembentukkan bahan terhakis di bahagian dalam paip tersebut. Ia boleh
menyebabkan terlarutnya bahan merbahaya ke dalam air paip yang mengalir”.
“Bibir paip air tembaga ini menunjukkan kebocoran kecil yang
boleh melarutkan termbaga tersebut ke dalam air dan memasukkan pencemar
merbahaya lain ke dalam air yang melaluinya”
Namun demikian, salah satu satu sumber pencemaran air yang
sering di lupakan adalah – paip air! Air paip yang dirawat sebenarnya dianggap
selamat. Air yang boleh diminum selalunya menjadi tercemar selepas ia melepasi
loji rawatan air perbandaran. Kenapa? Kerana enapan seperti bahan berkerumping
dan mikrob terbentuk didalam dinding paip air dan melarut kedalam air minuman
sebelum sampai ke kediaman anda. Jika pH air adalah rendah keasidannya akan
menyebabkan bahan seperti besi, tembaga, plumbum, zink dan arsenic muncul pada
tahap yang merbahaya, lebih daripada piawaian air minuman yang sihat.
Air berasid juga boleh menghakis paip tembaga, yang bukan
hanya menyebabkan tahap tembaga meningkat didalam air, malah ia juga menyebabkan
kebocoran, yang boleh menyebabkan pencemaran lain kedalam paip dan air di
dalamnya.
Malahan pip Polivinil Klorida (PVC) yang baru dan paip jenis
lain – besi, plastic, tembaga, plumbum, zink dan simen yang mengandungi
asbestos – juga diketahui menyebabkan masalah berkaitan kesihatan. Tidak
memberikan perhatian penuh, sifat agresif dan kelakuan anti social mungkin
disebabkan oleh keracunan plumbum. Paip PVC yang diperbuat daripada bahan yang
rosak boleh melarutkan Sebatian Organik Meruap (VOCs) merbahaya ke dalam air
paip dan akhirnya kedalam gelas minuman anda. Kebijaksanaan yang menurun
dikalangan kanak-kanak adalah disebabkan oleh tahap plumbum yang tinggi didalam
air. Sumber utama racun sering kali adalah hasil plumbum yang tinggi didalam
air. Sumber utama racun sering kali adalah hasil plumbum yang diserap daripada
air mengalir melalui paip plumbum yang selalunya telah berabad lama dan biasa
digunakan di kebanyakkan Negara Asia Tenggara.
Penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bacteria, virus dan
parasit adalah antara risiko yang paling biasa dan tersebar luas yang berkaitan
dengan air minuman. Pengunaan air sedemikian untuk minum, penyediaan makanan,
membasuh atau mandi boleh menyebabkan jangkitan. Pencemaran ini adalah
merbahaya terutamanya terhadap kanak-kanak, warga tua, wanita hamil dan mereka
yang mempunyai sistem imun yang lemah.
No comments:
Post a Comment