Follow us on Google+

Tuesday, September 27, 2011

Makanlah buah pada masa yang betul dan lihatlah kesannya

Ramai yang menyangka buah hanya perlu dipotong dan kemudiannya terus masuk ke dalam mulut. Sebenarnya, lebih banyak khasiat buah dapat dimanfaatkan sekiranya kita tahu bagaimana dan bila untuk memakannya.


Buah seelok-eloknya dimakan ketika perut masih kosong, dan bukannya sebagai pencuci mulut seperti yang lazim kita lakukan. Hanya dengan cara itu, fungsi buah sebagai agen nyahtoksik, pembekal tenaga dan membantu penurunan berat badan tidak terganggu.



Kalau tidak dimakan terus buahnya, jus segar yang anda sukai perlu disertakan sekali dengan seratnya kerana ia membantu pembersihan sistem penghadaman. Elakkan memanaskan jus buah kerana khasiatnya boleh lenyap akibat suhu tinggi tertentu.

Lingkaran hitam di bawah mata, masalah rambut gugur dan beruban juga boleh dielakkan sekiranya amalan mendahulukan buah sebelum makanan lain dilakukan selalu. Kesan detoksifikasi ini turut jelas kelihatan jika mengamalkan diet buah selama tiga hari berturut-turut. Pelbagaikan jenis buah untuk dimakan selama tempoh itu dan anda akan menyedari perubahan pada tubuh, kulit dan wajah.

No comments:

Post a Comment

Facebook like button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...