Air adalah satu-satunya nutrien paling penting untuk manusia
terus hidup. Kita boleh hidup berminggu-minggu tanpa makanan tetapi kita hanya
boleh bertahan beberapa hari tanpa air. Dianggarkan tubuh kita terdiri daripada
70% air. Darah terdiri daripada air. Air memainkan peranan penting didalam
kehidupan harian kita. Kita minum air, kita masak mengunakannya, kita membuat
jus oren dengannya, malah kita membancuh susu bayi juga mengunakannya. Kita
perlu minum air kerana air diperlukan untuk mengawal atur suhu tubuh dan untuk
memberikan satu medium untuk nutrien bergerak kesemua organ tubuh. Air juga
memindahkan oksigen kepada sel tubuh kita, menyingkirkan bahan buangan dan
melindungi sendi dan organ kita.
No comments:
Post a Comment