Radikal bebas adalah molekul tidak stabil yang cenderung mengambil electron untama untuk menstabilkan dirinya. Apabila ia mencuri electron daripada tisu kita, ia menjadikan tisu tersebut tidak stabil dan menyebabkan kita menjadi mangsa radikal bebas. Hasil daripada serangan ini struktur yang membentuk dinding DNA dan kompenan lain pada sel akan beransur-ansur rosak, lalu menyebabkan fungsi yang tidak normal, penuaan yang pesat, kanser atau kematian sel (Halliwell, 2008). Tidak hairanlah sebahagian saintis amat yakin bahawa radikal bebas adalah penyebab semua penyakit kronik.
Penyebab utama semua penyakit kronik
Stress pengoksidaan adalah keadaan ketidakseimbangan antara pro-oksidaan dan antioksidan. Elemen pro-pengoksidaan adalah semua factor yang meningkatkan pembentukkan radikal bebas, termasuklah mekanisme sel (dijanakan secara Daliman melalui senaman berlebihan dan keradangan) dan mekanisme eksogen (dari sumber luaran seperti merokok, asid lemak poli tak tepu, pencemaran udara, ubat-ubatan, radiasi, cahaya ultra ungu dan lain-lain). Keadaan keseluruhan yang menjurus lepada stress pengoksidaan adalah kumpulan berisiko yang di kategorikan golongan tua, pengamal vegeterian yang kuat, pengambilan alcohol yang kronik, kanser, malserapan, ubat-ubatan, hiperglisemia, stress dan status antioksidan reƱida (Furst, 2008)
Pembentukan penyakit kronik seperti aterosklerosis dianggap bergantung kepada peningkatan stress (Frei, 1994).