Follow us on Google+

Tuesday, September 27, 2011

Makanlah buah pada masa yang betul dan lihatlah kesannya

Ramai yang menyangka buah hanya perlu dipotong dan kemudiannya terus masuk ke dalam mulut. Sebenarnya, lebih banyak khasiat buah dapat dimanfaatkan sekiranya kita tahu bagaimana dan bila untuk memakannya.


Buah seelok-eloknya dimakan ketika perut masih kosong, dan bukannya sebagai pencuci mulut seperti yang lazim kita lakukan. Hanya dengan cara itu, fungsi buah sebagai agen nyahtoksik, pembekal tenaga dan membantu penurunan berat badan tidak terganggu.



Kalau tidak dimakan terus buahnya, jus segar yang anda sukai perlu disertakan sekali dengan seratnya kerana ia membantu pembersihan sistem penghadaman. Elakkan memanaskan jus buah kerana khasiatnya boleh lenyap akibat suhu tinggi tertentu.

Lingkaran hitam di bawah mata, masalah rambut gugur dan beruban juga boleh dielakkan sekiranya amalan mendahulukan buah sebelum makanan lain dilakukan selalu. Kesan detoksifikasi ini turut jelas kelihatan jika mengamalkan diet buah selama tiga hari berturut-turut. Pelbagaikan jenis buah untuk dimakan selama tempoh itu dan anda akan menyedari perubahan pada tubuh, kulit dan wajah.

Air Dari Paip – Selamatkah?

Tidak menghargai kualiti air minuman kita adalah satu kesilapan yang kita lakukan setiap hari. Jika air paip berasa, bau atau kelihatan bersih, kita masih menganggapnya selamat untuk diminim, memberus gigi dan mandi. Tetapi, sekiranya difikirkan peranan penting air didalam penyelenggaraan kesihatan yang baik, pendekatan sedemikian adalah tidak elok.
 




Terdapat banyak factor di luar kawalan kita yang boleh menjejaskan dengan drastic kualiti air paip kita. Pencermaran dalam bentuk racun perosak, racun herba, cecair pencuci, tumpahan bahan kimia, tangki minyak bocor dan pembunuh rumpai adalah sebahagian daripada pencemar air yang biasa mengancam bekalan air kita setiap hari.




“Paip air besi bergalvani ini menunjukkan tanda berkerumping dengan pembentukkan bahan terhakis di bahagian dalam paip tersebut. Ia boleh menyebabkan terlarutnya bahan merbahaya ke dalam air paip yang mengalir”.


“Bibir paip air tembaga ini menunjukkan kebocoran kecil yang boleh melarutkan termbaga tersebut ke dalam air dan memasukkan pencemar merbahaya lain ke dalam air yang melaluinya”



Namun demikian, salah satu satu sumber pencemaran air yang sering di lupakan adalah – paip air! Air paip yang dirawat sebenarnya dianggap selamat. Air yang boleh diminum selalunya menjadi tercemar selepas ia melepasi loji rawatan air perbandaran. Kenapa? Kerana enapan seperti bahan berkerumping dan mikrob terbentuk didalam dinding paip air dan melarut kedalam air minuman sebelum sampai ke kediaman anda. Jika pH air adalah rendah keasidannya akan menyebabkan bahan seperti besi, tembaga, plumbum, zink dan arsenic muncul pada tahap yang merbahaya, lebih daripada piawaian air minuman yang sihat.

Air berasid juga boleh menghakis paip tembaga, yang bukan hanya menyebabkan tahap tembaga meningkat didalam air, malah ia juga menyebabkan kebocoran, yang boleh menyebabkan pencemaran lain kedalam paip dan air di dalamnya.

Malahan pip Polivinil Klorida (PVC) yang baru dan paip jenis lain – besi, plastic, tembaga, plumbum, zink dan simen yang mengandungi asbestos – juga diketahui menyebabkan masalah berkaitan kesihatan. Tidak memberikan perhatian penuh, sifat agresif dan kelakuan anti social mungkin disebabkan oleh keracunan plumbum. Paip PVC yang diperbuat daripada bahan yang rosak boleh melarutkan Sebatian Organik Meruap (VOCs) merbahaya ke dalam air paip dan akhirnya kedalam gelas minuman anda. Kebijaksanaan yang menurun dikalangan kanak-kanak adalah disebabkan oleh tahap plumbum yang tinggi didalam air. Sumber utama racun sering kali adalah hasil plumbum yang tinggi didalam air. Sumber utama racun sering kali adalah hasil plumbum yang diserap daripada air mengalir melalui paip plumbum yang selalunya telah berabad lama dan biasa digunakan di kebanyakkan Negara Asia Tenggara.

Penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bacteria, virus dan parasit adalah antara risiko yang paling biasa dan tersebar luas yang berkaitan dengan air minuman. Pengunaan air sedemikian untuk minum, penyediaan makanan, membasuh atau mandi boleh menyebabkan jangkitan. Pencemaran ini adalah merbahaya terutamanya terhadap kanak-kanak, warga tua, wanita hamil dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah.

WATER – THE BEVERAGE YOUR BODY NEEDS MOST

Water is the single most important nutrient for human life to exist. We can live for weeks without food but only days without water. Our bodies are estimated to be up to 70% water. Blood is mostly water, and our muscles, lungs and brain all contains a lot of water. Water plays a huge role in our everyday lives. We drink it, cook with it, make orange juice with it and mix baby formula with it. We need to drink water because water is needed to regulate body temperature and to provide the mean for nutrients to travel to all our organs. Water also transport oxygen to our cells, remove waste, and protects our joints and organs.

AIR – MINUMAN YANG PALING DIPERLUKAN OLEH TUBUH ANDA

Air adalah satu-satunya nutrien paling penting untuk manusia terus hidup. Kita boleh hidup berminggu-minggu tanpa makanan tetapi kita hanya boleh bertahan beberapa hari tanpa air. Dianggarkan tubuh kita terdiri daripada 70% air. Darah terdiri daripada air. Air memainkan peranan penting didalam kehidupan harian kita. Kita minum air, kita masak mengunakannya, kita membuat jus oren dengannya, malah kita membancuh susu bayi juga mengunakannya. Kita perlu minum air kerana air diperlukan untuk mengawal atur suhu tubuh dan untuk memberikan satu medium untuk nutrien bergerak kesemua organ tubuh. Air juga memindahkan oksigen kepada sel tubuh kita, menyingkirkan bahan buangan dan melindungi sendi dan organ kita.

Benefit of Ginseng

Ginseng is widely used to improve overall energy and vitality, particularly during times of fatigue and stress. Some studies show the potential value of ginseng in normalizing glucose level after meals in diabetics, stimulating immune function and treating male impotence. The phytochemical called ginsenosida are the key components of ginseng that are believed to play a role in ginseng’s acticvity. These compounds are considered “marker” compound for ginseng to indicate the type and quality of ginseng in a product. For Asian ginseng, a root powder should contain a minimum of 1.5% total ginsengosides or 15 mg per gram, while an extract should provide a minimum of 3% total ginsengosides or 30 mg per gram. For American ginseng, a root powder should contain a minimum of 2% total ginsengosides or 20 mg per gram, while an extract should provide a minimum of 4% total ginsengosides or 40 mg per gram.




Because of the vast potential of ginseng in health optimization, more recent studies have been conducted on the herb and its health benefits. In a new study, a team of researchers from the United State (Annals of Neutology, vol 57, pp 642-648) investigated whether a purified form of ginseng, in which some of the herb’s phytochemicals had been concentrated, could protect rats from the effects of a toxin that caused severely impaired movement and loss of neurons. The rats received either the purified ginseng extract rich in ginsenosides or preparation from the whole root of American ginseng. Another group were given a preparation of ground leaves and stems which contains greater level of ginsenosides than ground roots.



They discovered that the concentrated extract had the most benefits. It significant reduced the induced  motor impairment and cell loss in the striatum (part of the brain), and it completely prevented any mortality. The study hypothesized that certain ginsenosides may act as antioxidants against the oxidative damage thought to contribute to conditions like Huntington’s and Parkinson’s disease, inherited degenerative neuropsychiatric disorders which affects both body and mind.

In another study, a team from Canada (Canada Medical Association Journal; 173, issue 9) found that when people who usually suffered cold took a standardized extract of ginseng root they had significantly less cold than a placebo group and less symptoms. Thus it was hypothesized that ginseng has the potential to modulate both natural and acquired immune responds, as well as fighting cold and flu.

Ginseng in ZHULIAN Products

Generally recommended daily doses of ginseng are 200 mg of standardized extract taken as 100 mg twice daily, or 1000 to 2000 mg of root powder per day. These daily doses should provide at least 6 mg of ginsenosides for American ginseng extract. For the root powders, these doses should provide 15 to 30 mg of ginsenosides for Asian ginseng and 20 to 40 mg of ginsenosides for American ginseng. ZHULIAN’s premium quality food and baverage and nutritional products use only the highest quality ginseng root extract of American and Asian ginseng (Panax Ginseng). Daily consumption of B’Young Advance Functional Beverage’s Supreme Gold range for example provide more than 30 mg of ginsenosides from a cocktail of American, Asian and Siberian ginseng. Scott’s Kopi Ginseng with Tongkat Ali / Kacip Fatimah provides more than 0.5 mg of ginsenosides of Asian ginseng per sachet. Therefore consumption of an average of 2-3 cups of Scott’s Kopi Ginseng With Tongkat Ali / Kacip Fatimah and / or daily consumption of B’young Advance Functional Beverage is able to provide a substantial level of daily ginseng in taken for achieving the many health benefits of this ancient ginseng herb.


Product enhanced with Ginseng

Friday, September 9, 2011

Khasiat Buah-Buahan

TAHUKAH anda bahawa Jambu Batu atau Guava merupakan buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia? 


Buah tersebut juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari. 

Jambu batu tergolong dalam kumpulan makanan berfungsi yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia. 

Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan. 


Ketua Unit Sains Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Rokiah Yusof berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu. 


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Simposium Makanan Berfungsi Asia Pasifik di Kuala Lumpur, baru-baru ini. 

Menurut beliau, buah itu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi. 

Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya. 


Dr. Rokiah memberitahu, jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan. 

Beliau menasihatkan supaya buah jambu batu dijadikan sebagai amalan tetap dalam gaya pemakanan. 



Katanya, bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu. 

"Tetapi pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya, '' ujar beliau.



Selain jambu batu, buah betik juga boleh menurunkan paras kolesterol sebanyak 19.2 peratus sekiranya diambil secara rutin dalam jangka waktu empat minggu. Buah betik yang sudah dibuang biji dan kulitnya perlu diambil sebanyak 400 gram sehari. 




Nanas turut tergolong dalam kumpulan buah yang mengandungi vitamin yang tinggi dan ia boleh diambil dalam jumlah yang sama iaitu 400 gram. Dr. Rokiah menjelaskan, asid yang ada dalam nanas membantu tubuh dan ia tidak memudaratkan mereka yang mengambilnya. "Dalam nanas ada tambahan vitamin C dan nanas turut berfungsi sebagai antioksida. "Malah nanas juga berupaya menurunkan paras kolesterol sebanyak 8.38 peratus dalam masa tiga minggu sahaja,'' katanya lagi. 



Bagi penggemar pisang emas pula mungkin ini merupakan perkhabaran gembira untuk anda kerana buah tersebut juga berfungsi mengurangkan paras kolesterol dalam darah. Pisang emas boleh diambil sebanyak empat hingga lima biji sehari dalam tempoh empat minggu. Bagaimanapun, pisang emas masih tidak dapat menandingi jambu batu yang disifatkan sebagai buah yang paling bagus diikuti dengan nanas, tembikai, belimbing dan betik. 

Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil lima jenis hidangan buah-buahan sehari kerana ia membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada tubuh. 

Dalam pada itu, Dr. Rokiah juga menolak dakwaan segelintir masyarakat yang menyifatkan sesetengah buah seperti nanas dan betik sebagai ``tajam serta mendatangkan angin dalam tubuh.'' Menurut beliau, tidak terdapat bukti saintifik yang menunjukkan buah-buahan berkenaan memudaratkan kesihatan manusia. 

"Ini hanya kepercayaan masyarakat. Tidak ada bukti saintifik yang membuktikan kenyataan mereka itu benar,'' terangnya. 

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM telah menjalankan kajian terhadap khasiat buah-buahan tempatan sejak tiga tahun lalu. "Kami memilih buah kerana semua orang suka makan buah. Ia berbeza dengan sayur-sayuran kerana tidak semua orang gemarkan sayur,'' jelas beliau. 

Satu kajian UPM ke atas penduduk luar bandar pada tahun lalu menunjukkan buah-buahan tempatan seperti jambu batu, nanas dan betik berupaya membantu mengurangkan paras kolesterol dalam darah. 



Dr. Rokiah berkata, walaupun orang kampung tidak terdedah kepada makanan ringan tetapi menerusi pemeriksaan kesihatan yang dilakukan, para penyelidik mendapati paras kolesterol dalam darah mereka tinggi. 

UPM telah melakukan kaji selidik dengan memberi pesakit terbabit buah-buahan tempatan iaitu jambu batu, nanas, betik, tembikai dan belimbing mengikut sukatan yang ditetapkan. 

Selepas tempoh tertentu, paras kolesterol dalam darah pesakit-pesakit terbabit diuji dan didapati telah berkurangan berbanding sebelumnya. 

Dr. Rokiah kesal kerana orang ramai masih tidak mengambil buah-buahan dalam jumlah yang mencukupi. 

"Masyarakat sekarang lebih gemar mengambil makanan tambahan dalam bentuk pil sedangkan ada segelintir daripada produk berkenaan diragui keberkesanannya, '' katanya

M-Belt - birthday present for your love one

Thinking some thing for birthday present for your Dad, or may be for your husband. Perhaps you can consider M-Belt. Last month during hari raya celebration, i brought M-Belt (MB 6208) for my Dad.



You may check the detail about M-Belt here.


Facebook like button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...