Follow us on Google+

Sunday, July 10, 2011

Masa Untuk Ginseng

Ginseng paling kerap digunakan untuk merangsang tenaga dan menyokong sistem imun tubuh. Namun, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa herba purba ini adalah lebih daripada sekadar perangsang tenaga – ia boleh member kebaikkan kepada otak dan melindungi tubuh daripada penyakit seperti selsema dan flu.



Ginseng adalah sejenis akar kering salah satu sepsis keluarga herba Araliaceae. Jenis Ginseng yang sering digunakan adalah Ginseng Asia (Panax Ginseng) yang dijual sebagai Ginseng Panax, Ginseng Cina atau Ginseng Korea. Berkait rapat dengan Ginseng Asian ini ialah Ginseng Amerika (Panax quinquefolius L.) yang sedikit kurang kesan rangsangan tenaganya. Sejenis ginseng lain iaitu Gingseng Siberian mempunyai kesan dan tindakan yang kurang kuat selain harganya yang lebih murah. Makanan dan suplemen permakanan yang mengandungi Ginseng selalunya dihasilkan daripada serbuk atau ekstrak akar Ginseng.

No comments:

Post a Comment

Facebook like button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...