Follow us on Google+

Thursday, December 29, 2011

KENAPA LAPIK TILAM TERAPIUTIK BOI-ION CONTIAGO PALING IDEAL UNTUK PENINGKATAN KUALITI TIDUR DAN KESELESAAN ANDA.

Bahan Berkualiti Superior Quality Material





LAPIK TILAM TERAPIUTIK BIO-ION CONTIAGO terdiri daripada 11 lapisan bahan berkualiti tinggi:

CONTIAGO :

1.Fabrik Poliester / Polipropilena Damask Jacquard
2. Lapisan Bulu Bebiri Sintetik
3. Fabrik Tidak Bertenun
4. Busa Poliuretana
5. Elemen Pemanas Karbon Fleksibel
6. Busa Poliuretana
7. Busa Poliuretana bertatah Polyurethane

  •                 Magnet Kekal Neodimium Berpretasi Ultra Tinggi
  •                 Magnet Kekal Ferit Berprestasi Tinggi
  •                 Batu Mineral Jed Semula Jadi
8. Kepingan Aluminium Berlogam
9. Kepingan Busa Politilena
10. Bulu Bebiri Sintetik
11. Fabrik Poliester / Polipropilena Damask Jacquard






IMBANGAN KELEMBUTAN DAN KETEGUHAN
Lebih teguh tidak bermakna lebih baik. Katil atau lapik tilam yang terlalu teguh tidak akan menyokong dengan seimbang dan hanya menyokong bahagian tubuh yang paling berat. Manakala, katil atau lapik tilam yang terlalu lebut pula akan melendut dan mencegah pengekalan penjajaran terbaik tulang belakang. Tubuh manusia mempunyai lebih kurang 700 otot, dimana kebanyakkannya perlu berehat semasa tidur. Otot tertentu seperti otot betis bertindak sebagai pengepam darah dan membantu pengaliran semasa tidur dan kebanyakkan otot yang berkaitan dengan tulang belakang perlu berehat semasa tidur. Pembentukkan busa dalaman yang berketahanan tinggi pada LAPIK TILAM TERAPIUTIK BIO-ION CONTIAGO memberikan lebih keselesaan dan sokongan keseluruhan. Ia menawarkan sentuhan dan imbangan yang betul bagi memberikan sokongan yang teguh tetapi lembut bagi memastikan tubuh anda mendapat penjajaran terbaik di kepala, leher dan tulang belakang.

KESELESAAN TIADA TANDINGAN
Tidur di atas LAPIK TILAM TERAPIUTIK BIO-ION CONTIAGO memberikan tahap keselesaan yang lebih tinggi yang anda tidak jangkakan. Pengunaan yang kerap mendapati kurang keresahan semasa tidur oleh kerana keselesaan melegakan yang ditawarkan fabric Poliester / Polipropilena Damask Jacquard yang mewah memberikan keteguhan yang melegakan dan lembut untuk menyelesaikan kontur tubuh anda dengan sempurna. Lapisan dalamannya dibentuk dengan pelbagai kebaikan fungsi yang menyumbangkan kepada keselesaan dan tidur yang menyenangkan.

KETAHANAN TERJAMIN
Ketahanan menentukan selama mana bahan lapik tilam akan berkekalan. Satu criteria penting bagi ketahanan bergantung kepada kualiti bahan yang digunakan untuk membentuk teras serta sarungnya. LAPIK TILAM TERAPIUTIK BIO-ION CONTIAGO memberikan lapik tilam yang terjamin tinggi ketahanannya, walaupun digunakan selalu. Untuk ketahanan yang berpanjangan, harga berpatutan dan nilai terbaik – LAPIK TILAM TERAPIUTIK BIO-ION CONTIAGO mendahului jenama yang lain.

FUNGSI INFRAMERAH JAUH
LAPIK TILAM TERAPIUTIK BIO-ION CONTIAGO terdiri daripada lapisan fabric yang dirawat khas yang mengandungi Bioseramik berkuasa dan selapis khas yang mengandungi Batu Mineral Jed Semula Jadi yang memancarkan gelombang Inframerah Jauh yang menembus ke dalam, dengan julat panjang gelombangnya di antara 8 hingga 14 mikron. Sinar Inframerah Jauh ini dipercayai dapat mewujudkan reaksi jauh kedalam kulit.


FUNGSI BIO-MAGNETIK
LAPIK TILAM TERAPIUTIK BIO-ION CONTIAGO mengandungi lapisan khas yang ditatahi serangkai Bio-magnet kekal yang berkuasa seperti Magnet Kekal Neodimium Berprestasi Ultra Tinggi (2,600 Gauss) dan Magnet Kekal Ferit Berprestasi Tinggi (1,000 Gauss) yang mampu menghasilkan medan Bio-magnetik penting. Eksperimen yang dikendalikan oleh beberapa university terkenal Eropah dan penyelidik di serata dunia menunjukkan bahawa Terapi Magnetik mampu menolong meningkatkan tidur merehatkan yang berkualiti tinggi di sanping memberikan kelegaan tekanan.


FUNGSI TERMA
LAPIK TILAM TERAPIUTIK BIO-ION CONTIAGO mengandungi lapisan khas elemen Pemanas Karbon Fleksibel yang menghasilkan secara semula jadi kesan pemanas terma yang selamat dan penting. Kombinasi lapisan pemanas ini dan kepingan Aluminium Berlogam memastikan permukaan radiasi yang dikawal secara elektronik yang selamat mampu mencapai dari suhu minimum 400C sehingga ke suhu maksimum 700C. Dengan membekalkan keselesaan pemanasan yang melegakan, fungsi terma ini dipercayai boleh mengurangkan kesakitan minor tubuh yang sering terjadi apabila cuaca sejuk. Penguna boleh juga menetapkan tempoh rawatan terma tersebut dengan memilih penetapan masa yang diingini. Tahap suhu dikawal secara automatic oleh Unit Kawalan Termostat Termaju Pelbagai Fungsi yang direka khas.


FUNGSI BATU MINERAL JED SEMULA JADI
Batu Jed telah dihargai sejak sekian lama kerana kecantikkannya, ketahanannya dan sifat “peningkatan kesihatannya”. Apabila Batu Mineral Jed Semula Jadi di dalam LAPIK TILAM TERAPIUTIK BIO-ION CONTIAGO dipanaskan, ia akan meradiasi sinar Inframerah Jauh yang dipercayai dapat membantu mengoptimumkan kesejahteraan tubuh.


FUNGSI ION NEGATIF
Ion Negatif – juga dikenali sebagai “Ion Gembira” atau “Ion Baik” adalah salah satu elemen utama yang menyegarkan dan member kepekaan kepada kita. Ion ditemui di mana-mana sahaja didalam udara dan ia menolong memberikan tenaga kepada tubuh manusia. Tempat-tempat semula jadi seperti air terjun, puncak gunung dan tepian pantai mempunyai kehadiran jumlah Ion Negatif yang tinggi dengan kesan menyegarkan kepada manusia. Rasa bertenaga dan segar selepas hujan lebat adalah disebabkan kehadiran Ion Negatif di dalam udara. Batu Mineral Jed Semula Jadi yang digunakan di dalam LAPIK TILAM TERAPIUTIK BIO-ION CONTIAGO dan fabric khas yang dirawat dengan Bioseramik pemancar Ion Negatif akan meliputi tubuh anda sewaktu anda mendapat tidur berkualiti tinggi.



BEBAS HAMA
Lapisan atas iaitu Fabrik Poliester / Polipropilena Damask Jacquard dirawat khas dengan ciri anti hama (Anti-Dust Mite Properties – ADP) yang menjadi halangan yang tidak dapat ditembusi allergen hama – memberikan perlindungan anti-hama untuk tidur berkualiti tinggi yang bersih dan bebas masalah.

Tuesday, December 20, 2011

Tidur Berkualiti Tinggi Penting Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik

Hampir setiap dari kita menghabiskan satu per tiga daripada kehidupan kita diatas katil, namun kita tidak memikirkan betapa pentingnya peranan katil atau lapik tilam dan bagaimana ia boleh menganggu tulang belakang dan kesihatan kita. Tidak ada perkakasan lain di kediaman kita yang digunakan sekerapnya atau tidak ada yang menjejaskan kesihatan menyeluruh lebih banyak berbanding katil atau lapik tilam yang kita gunakan sewaktu berbaring.



Tidur adalah sangat penting bagi semua. Tidur, seperti juga permakanan dan senaman, penting agar minda dan tubuh dapat berfungsi secara normal. Sebenarnya, manusia boleh hidup lebih lama tanpa makanan dan minuman, berbanding hidup tanpa tidur. Eksperimen sains menunjukkan tikus yang kekurangan tidur akan menjadi kurang upaya dengan kesihatan yang merosot secara mendadak. Kekurangan tidur boleh menyebabkan tahap kesihatan menurun. Tulang belakang terutamanya, mendapat kebaikkan besar dari tidur yang mencukupi dan sokongan yang baik semasa tidur. Tulang belakang berkerja keras setiap hari untuk menyokong tubuh dan fungsi tubuh. Tempoh rehat semasa tidur adalah penting bagi mengekalkan fungsi yang sepatutnya oleh sebab itulah lapik tilam yang elok amat penting bagi memelihara kesihatan mental dan fizikal.



Memilih Lapik Tilam Yang Betul

Lapik tilam yang baik dan elok membawa perbezaan besar kepada kualiti tidur yang anda perolehi setiap malam. Katil yang tidak sesuai boleh menyebabkan kepala, leher dan tulang belakang mengalami mampatan dan banyak keadaan lain yang boleh menganggu anda dengan teruk. Sendi pada tulang belakang boleh terkunci dan mengeras sehingga menyebabkan meningkatnya kesakitan dibelakang atau leher serta menyebabkan ketidakselesaan. Tilam boleh menolong atau menghalang pemulihan keadaan sedemikian. Tilam yang tidak menawarkan sokongan mencukupi pada tulang belakang akan menyebabkan peningkatan kelesuan otot dan tidur tidak berkualiti.


Wednesday, December 14, 2011

Khasiat herba untuk kesihatan

COSTUS



Nama saintifik :
Costus L

Famili :
Costaceae

Khasiat perubatan :
Akar pokok Costus sesuai bagi mengubati sakit perut dan penghadaman
Membantu mengurangkan berat badan
Mengubati asma, cholera, batuk dan penyakit kulit

Kaedah :
Rebus akar pokok Costus dan minum
Petik bunga dan boleh dimakan mentah

Facebook like button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...