Selain menjaga kecantikkan luaran, jangan pula mengabaikan kesihatan dalaman terutama yang berkaitan cara permakanan harian anda. Apabila berada dalam zon diet, makanan selalunya menjadi musuh utama untuk mendapatkan bentuk badan yang di idamkan terutama pada musim perayaan dan kenduri-kendara ini.
Tetapi berdiet dengan menjauhi makanan adalah bukan suatu tindakan bijak kerana tenaga dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh kita dibekalkan secara semula jadi daripada sumber tersebut.
Jadi, janganlah bermusuh lagi dengan makanan sebaliknya cubalah berbaik-baik dengannya.... tetapi, apakah makanan itu...?
Bijirin Oat
Selain tidak mengandungi gula tambahan, bijirin ini juga boleh membantu mengekalkan pelancaran aliran darah.
Setengah cawan sayuran atau kekacang mengandungi kira-kira 150 kalori dan kaya dengan serat, protein dan anti-oksida.
Pilihan terbaik ketika berdiet kerana kadar kandungan kalori yang rendah. Bagi kamu yang baru hendak mencuba makanan ini, bolehlah makan bersama buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi mahupun mangga.
Limau nipis atau Lemon
Jus limau nipis atau lemon boleh membantu membuang lemak dalam tubuh. Secara psikologi, harumannya juga akan membuatkan kamu cenderung menikmati makanan berkhasiat.
Soya yang dikeringkan dan dibakar amat sesuai dijadikan makanan ringan berbanding kerepek lain.
Buah kering
Buah-buahan kering kaya dengan serat dan tidak memiliki lemak tepu. Bagaimanapun, anda harus ingat bahawa buah-buahan kering ini juga mengandungi kadar kalori yang tinggi.
Anda boleh menjadikan tauhu sebagai ramuan utama untuk membuat sup ketika berdiet kerana 1.5 kilogram makanan ini hanya mengandungi 50 kalori. Rendah bukan!
Sebijik keledek bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 115 kalori dan tidak akan meningkatkan kadar kandungan gula dalam darah berbanding ubi kentang biasa.
Sos yang terdiri daropada tomato segar, bawang dan cili yang ditumis bersama minyak zaiton kurang lemak berbanding krim sos.
*Gambar : sumber dari Google
*Gambar : sumber dari Google