Memandangkan air amat penting dalam
kehidupan kita, ramai orang kian mementingkan penggunaan air yang terbaik dalam
penyediaan minuman dan makanan. Kuallti air biasanya ditentukan oleh ciri-ciri fizikal.
bahan kimia. biologi dan estetik (rupa dan bau). Malangnya air yang kita minum
setiap hari berkemungkinan membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.
Terdapat beberapa masalah yang menjejaskan kualiti air yang diminum.
Pencemar yang mungkin ditemui di dalam air minuman:
Kekotoran Biologi: Bakteria, Virus dan
Parasit
Mikroorganisma yang berasal dari najis
manusia dan haiwan. atau sumber lain boleh menyebabkan penyakit bawaan air.
Kekotoran Organik: Rasa dan Bau
Kemungkinan penyebab rasa atau bau yang
tldak menyenangkan datangnya daripada tumbuh-tumbuhan yang mereput atau bahan
kimla organik.
Kekotoran Tak Organik: Kotoran dan
Mendapan atau Kekeruhan
Kebanyakan air mengandungi zarahan
terampai seperti pasir halus. tanah liat. kelodak dan garam tertnendap.
Kekeruhan boleh menjadi sumber makanan dan tempat tinggal bakteria dan ia akan
mengganggu penyahjangkitan dan penulenan air yang berkesan. iran logam toksik
di dalam air minuman adalah ancaman kesihatan paling hebat. Penyebab utama adalah
plumbum, arsenik, kadmium dan raksa.
Logam Toksik atau Logam Berat
Kehadiran logam toksik di dalam air
minuman adalah ancaman kesihatan
paling hebat. Penyebab utama adalah
plumbum, arsenlk, kadmium dan raksa.
Sebatian Organik Meruap (VOCs)
Sebatian Organik Meruap adalah bahan
kimia paling tersebar meluas di dalam air minuman.
Klorin
Klorin menjadi sebahagian daripada
penyelesaian dan juga sebahagian danpada masalahnya. Dalam tahun 1974. VOC
bernama trihalometana (THM) terbentuk apabila klorin yang ditambahkan ke dalam
air untuk membunuh bakteria dan virus bertindak
balas dengan sebatian organik lain di dalam air. Air berklorin dikaitkan dengan
kanser, tekanan darah tinggi dan anemia.
Racun Perosak dan Racun Herba
Penggunaan racun perosak dan racun herba
yang meningkat boleh menyebabkan bahaya teruk dan mempunyai kesan nyata pada
kualiti air.