Follow us on Google+

Monday, October 3, 2016

Manfaat sayur bayam

Dalam entry hari ini, teman akan kongsikan beberapa khasiat dan kebaikkan dalam pengambilan sayur bayam sebagai sebahagian dari hidangan seharian anda. Antaranya adalah seperti berikut:

1. BAIK UNTUK JANTUNG
Bayam kaya dengan antioksidan. Ia mampu mencegah plak kolesterol daripada berkumpul di saluran arteri jantung sekaligus mengurangkan risiko terkena penyakit jantung.

Sayur Bayam 
Gambar ehsan Google

2. TULANG LEBIH KUAT
Bayam dapat mencegah osteoporosis dikalangan individu yang lanjut usia. Ini kerana bayam mengandungi vitamin K yang membantu dalam penyerapan kalsium oleh tulang. 

3. MENCEGAH KANSER
Bayam juga mengandung flavonoid yang mampu mengurangkan risiko penyakit kanser kolon, ovari, paru-paru dan prostat. 

4. MEMBINA SEL DARAH MERAH
Bayam kaya dengan zat besi yang sangat penting untuk membina sel darah merah. Sel darah merah bertindak membawa oksigen ke seluruh tubuh. Kekurangan zat besi akan membuat badan anda terasa lemah, kehilangan tenaga, mengantuk dan juga Anemia. 

5. MEMBANTU PEMBENTUKAN JANIN YANG SIHAT
Bayam mengandungi folat dan vitamin A yang sangat penting dalam pembentukan bayi yang sihat. Ibu yang mengandung dinasihatkan agar mengambil bayam dalam kuantiti yang secukupnya agar bayi dalam kandungan dapat berkembang dengan sempurna. 

6. MENGAWAL TEKANAN DARAH
Selain itu, bayam juga sangat bermanfaat untuk mengawal tekanan darah. Amalan memakan sayur bayam dapat mengelakkan anda dari mendapat penyakit darah tinggi.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

1 comment:

  1. Saya suka seklai artikelnya coba nih buat yang butuh info lebih menegenai Cara Budidaya Sayur Organik dilihat juga ya

    ReplyDelete

Facebook like button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...