Follow us on Google+

Thursday, December 21, 2017

How to work fast?

Just sharing tips how to manage and work fast to finish your daily task.


Wednesday, October 11, 2017

Healthy Eating Plate

Just to share daily food consumption for your healthy life.


Friday, August 18, 2017

Back Pain

Back Pain atau sakit di bahagian belakang akibat duduk terlalu lama dengan posture yang tidak betul. Pernah dengar tak, solat mampu mencegah back pain atau sakit belakang nie? Satu kajian dari negara barat telah mengkaji kaitan solat dalam Islam yang mampu mengatasi masalah ini.


Tuesday, August 1, 2017

Info berkenaan Rabies

Lagi perkongsian info berkenaan gejala wabak 'Rabies'. Bagaimana wabak 'Rabies' ini tersebar? Juga ada info berkenaan gejala wabak 'Rabies' apabila menjangkiti seseorang itu dan juga tanda-tanda di jangkiti wabak 'Rabies'. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Rabies

Monday, July 31, 2017

Tips untuk mengurang dan mengawal asid uric secara alami

Kadar asid uric yang berlebihan akan mengakibatkan masalah gout (gouty arthritis), batu karang (kidney stones) dan kegagalan buah pinggang (renal failure). Ikuti perkongsian video ini untuk mengetahui bagaimana caranya untuk mengurangkan dan mengawal kadar asid uric secara alami.


  1. Pengambilan Cuka Apple
  2. Jus lemon
  3. Ceri (Cherry)
  4. Serbuk penaik (baking soda)
  5. Minyak zaitun (Olive oil)
  6. Air
Kesihanatan adalah anugerah yang tidak ternilai. Hargailah kesihatan anda dan hidup dengan lebih sihat. Selamat mencuba tips ini.

Thursday, July 6, 2017

Apakah itu Rabies?

Rabies atau Penyakit Anjing Gila adalah gangguan pada sistem saraf yang disebabkan oleh jangkitan virus. Penyakit ini boleh membawa maut kepada mereka yang di jangkitinya jika tidak mendapat rawatan awal. Dalam entry hari ini, teman kongsikan info berkenaan penyakit "Rabies" atau lebih dikenali sebagai Penyakit Anjing Gila.

Info penyakit anjing gila

Bagaimana Rabies atau Penyakit Anjing Gila ini menjangkiti manusia?

Jangkitan Rabies

Tanda-tanda rabies pada anjing

Tanda-tanda rabies pada anjing

Friday, March 31, 2017

Tanda-tanda kolesterol tinggi

Masalah kolesterol tinggi boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya termasuk serangan jantung dan darah tinggi, Masalah ini berisiko untuk dihadapi semua golongan terutamanya mereka yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

Kolesterol tinggi 
Gambar ehsan Google.

Dalam entry hari ini, teman akan kongsikan petikkan dari ruangan kesihatan.com tentang tanda-tanda paras kolesterol tinggi dalam badan.

  • Sering berasa kebas pada kaki
  • Timbul bintik—bintik putih pada bahagian bawah mata, Muka atau leher yang disebabkan kadar trigliserida yang tinggi.
  • Mudah letih dan cepat mengantuk
  • Sering sakit kepala akibat perjalanan darah tidak lancar disebabkan kolestrol berkumpul dalam saluran arteri.
  • Sakit dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat.
  • Proses penyembuhan luka yang Iambat.
  • Berat badan berlebihan.

Saturday, February 11, 2017

Khasiat petola

Khasiat sayur petola. Dalam entry hari ini, teman akan kongsikan beberapa khasiat berkenaan sayur petola.

Petola 
Gambar ehsan Google.

1. Pembersih darah
Memakan petola dengan kerap adalah cara yang berkesan untuk membersihkan darah anda dari bahan tercemar. Di samping itu ia bertindak untuk meningkatkan kesihatan organ hati.

2. Menyembuhkan jaundis (sakit kuning) kerana keupayaannya dalam membersihkan organ hati.

3. Bermanfaat untuk penyakit kencing manis.
  • Kualiti tertentu terdapat pada petola membolehkan ia membantu pesakit kencing manis.
  • Ini kerana kewujudan insulin seperti peptida dalam sayuran ini yang dapat mengurangkan paras gula dalam darah. 
  • Selain itu juga ia mengawal paras tahap insulin darah ke kuantiti yang diperlukan.

4. Membantu penurunan berat badan
  • Ia adalah sangat rendah dalam kandungan lemak tepu.
  • Ia mempunyai penggunaan yang lebih rendah kolesterol ke arah badan
  • Ia menawarkan jumlah yang sangat ideal lemak dan kalori
  • Ia mengandungi banyak air di dalamnya. Nilai pemakanan yang terdapat pada petola seperti serat pemakanan, vitamin dan mineral adalah sumber penting untuk mengurangkan berat badan.

5. Mengawal keasidan serta ulser pada perut.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Masalah jantung

Masalah jantung arteri tersumbat. Kebanyakkannya beranggapan hanya pembedahan sahaja jalan penyelesaian untuk merawat masalah saluran jantung tersumbat. Tanggapan mereka berubah setelah menonton video yang teman kongsikan disini.



Perlu di ingat bahawa, asal penyakit adalah dari perut. Mengapa perut? Sebabnya adalah gaya permakanan yang tidak sihat dan tidak seimbang. Apa pun entry hanya lah perkongsian. Diharapkan kita akan lebih menjaga kesihatan, permakanan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Facebook like button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...