Follow us on Google+

Sunday, July 10, 2011

Kebaikkan Ginseng

Ginseng digunakan secara meluas untuk meningkatkan tenaga dan kesejahteraan keseluruhan, terutamanya semasa keletihan dan tertekan. Beberapa kajian menunjukkan nilai potensi Ginseng dalam menormalkan tahap glukosa selepas menikmati makanan bagi pengidap kencing manis, menstimulasikan fungsi imun dan merawat penyakit mati pucuk. Fitokimia yang dipanggil ginsenosida adalah kompenan utama Ginseng yang dipercayai memaikan peranan penting dalam akitiviti Ginseng. Sebatian ini dianggap penanda sebatian untuk Ginseng bagi menunjukkan jenis dan kualiti Ginseng didalam sesuatu produk. Bagi Ginseng Asia, serbuk akar mengandungi minimum 1.5% jumlah ginsenosida atau 15mg per gram, sementara ekstraknya pula mengandungi minimum 3% jumlah ginsenosida atau 30 mg per gram. Bagi Ginseng Amerika, serbuk akar mengandungi minimum 2% jumlah ginsenosida atau 30 mg per gram, sementara ekstraknya pula adalah 4% jumlah ginsenosida atau 40 mg per gram.



Oleh kerana potensi besar Ginseng terhadap mengoptimumkan kesihatan, lebih banyak kajian baru dijalankan keatas herba ini dan kebaikkan kesihatannya. Dalam sebuah kajian baru, satu kumpulan penyelidik dari Amerika Syarikat (Annal of Neurology, Vol 57, m/s 642 – 648) menyiasat sama ada Ginseng tulen, di mana fitokimianya telah dipekatkan, boleh melindungi tikus-tikus daripada kesan toksin yang menyebabkan pergerakkan yang terganggu dan kehilangan neuron. Tikus-tikus ini diberikan sama ada ekstrak Ginseng tulen yang kaya ginsenosida atau persediaan daripada akar Ginseng Amerika. Sebuah kumpulan tikus lain pula diberikan daun atau batang yang dikisar yang mengandungi tahap ginsenosida lebih tinggi berbanding akar yang dikisar. Para penyelidik mendapati bahawa ekstrak yang pekat mengandungi paling banyak kebaikkan. Ia mengurangkan kelemahan motor yang berlaku dan kehilangan sel  striatum (sebahagian daripada otak), dan ia mencegah sebarang kematian sepenuhnya. Kajian ini telah membuat hipotesis bahawa ginsenosida tertentu boleh bertindak sebagai antioksida terhadap kerosakkan oksidatif yang dikatakan menyumbang kepada penyakit Huntington dan Parkinson, penyakit neuropsikiatrik degenerative yang diwarisi yang boleh menjejaskan tubuh dan minda.

Dalam kajian lain, sebuah kumpulan dari Kanada (Canada Medical Association Journal: 173, issue 9) mendapati bahawa apabila orang yang sering selsema mengambil ekstrak akar ginseng yang dipiawaikan, mereka kurang mengalami selsema dan kurang symptom berbanding kumpulan placebo. Oleh itu, telah dihipotesiskan bahawa Ginseng mempunyai potensi memodulat tindak balas imun semula jadi dan imun perolehan serta melawan selsema dan flu.


Senarai produk Premium ZHULIAN dengan kebaikkan Ginseng.

No comments:

Post a Comment

Facebook like button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...