Follow us on Google+

Saturday, March 31, 2012

Penyakit Paru-paru

Penyakit Apakah Yang Menjejaskan Paru-paru?

  1. Bronkitis Akut
  2. Asma (Lelah)
  3. Emfisema
  4. Penyakit Sekatan Pulmonari
  5. Pulmonary Disease
  6. Batuk
  7. Selsema
  8. Kanser Paru-paru
  9. Pneumonia



Apakah Penyebab Penyakit Paru-paru?

Ramai orang akan terkejut jika mereka mengetahui bahawa udara dalaman mengandungi sebanyak, jika tidak lebih, sumber pencemar udara luaran. Antara penyakit paru-paru yang dikenal pasti adalah seperti berikut;

Sebatian Organik Meruap
Sebatian Organik Meruap datangnya daripada pelarut dan bahan kimia yang sering digunakan pada kelengkapan pejabat atau kediaman. Sumber utamanya adalah seperti minyak wangi, penyembur bahan kimia, pengilat perabut, pelekat, pencegah serangga, pengawet kayu dan banyak produk lain yang digunakan didalam kediaman. Kesan utama terhadap kesihatan adalah kerengsaan mata, hidung dan tekak. Dalam kes-kes yang lebih teruk, mungkin menyebabkan sakit kepala, rasa loya dan hilang pertimbangan / koordinasi. Dalam jangka panjang, sebahagian pencemar disyaki merosakkan hati dan organ tubuh yang lain.

Asap Tembakau
Pencemar biasa ini menjanakan pelbagai bahan kimia merbahaya dan ia diketahui adalah penyebab kanser. Telah diketahui bahawa penghisap rokok pasif boleh menghidap pelbagai masalah kesihatan seperti mata merah, ganguan hidung dan tekak hingga ke kanser, bronchitis, asma yang teruk dan kelemahan fungsi paru-paru.

Racun Perosak
Racun perosak adalah dalam bentuk semburan aerosol seperti pencegah nyamuk atau serangga yang biasa digunakan di kediaman.

Pencemar Biologi
Pencemar biologi termasuklah seperti debunga tumbuhan, parasit, hama dan juga bakteria dari makanan yang terdedah. Kebanyakkan pencemar biologi adalah allergen dan ia boleh menyebabkan asma, demam alergi (hay fever) dan penyakit alahan lain.

Formaldehid
Gas ini dibebaskan daripada permaidani, zarah papan nipis, busa penebat dan lekapan perabut. Ia boleh menyebabkan ganguan pada mata dan hidung, manakala pendedahan yang lama kepadanya boleh menyebabkan resiko kesihatan yang serius.

Asbestos
Asbestos adalah gentian semula jadi yang terdiri daripada mineral dan digunakan sebagai papan siling. Gentian ini mudah terpecah kepada zarah halus yang terapung didalam udara. Apabila seseorang menghidu zarahan asbestos bawaan udara, ia akan melekat pada lapisan dalam paru-paru yang menyebabkan kerosakkan sel dan kanser paru-paru kerana ia memang dikenali sebagai karsinogen.

Radon
Radon adalah gas yang dibebaskan secara semula jadi oleh tanah dan batu. Ia boleh merosakkan paru-paru yang menjurus kepada kanser paru-paru. Pengudaraan yang tidak elok pada kediaman moden menyebabkan Radon terapung didalam udara dalaman kediaman, yang menyebabkan bahaya kepada yang menghuni kediaman tersebut.



Bagaimana kita hendak mengawalnya...

Terdapat dua cara mengawal pencemar udara dalaman… anda boleh pastikan ia tidak masuk kedalam kediaman anda atau anda boleh menyingkirkannya apabila ia memasuki kediaman anda. Memastikan ia tidak memasuki kediaman atau pejabat anda adalah tidak mudah atau tidak mungkin dapat dilakukan kerana ia memerlukan sekatan ketat untuk bergerak did alam dan keluar dari tempat tersebut. Oleh sebab itu, cara kedua iaitu menyingkirkan pencemar udara dalaman adalah cara ideal bagi melindungi kesihatan anda dan mereka yang anda sayangi.

Monday, March 26, 2012

Mengapa Pentingnya Kualiti Udara Dalaman?

Kualiti udara dalaman adalah sepenting kualiti udara luaran! Udara yang anda sedut sepatutnya dalam keadaan sebersih mungkin. Kita hanya focus kepada pencemaran udara luaran, sedangkan terdapat banyak pencemar dalaman yang perlu diberi perhatian dan diambil tindakan.

 

Punca kerisauan :

  • Udara dalaman selalunya lebih tercemar berbanding udara luaran.
  • Secara puratanya, kita menghabiskan 90% atau lebih daripada masa kita setiap hari did alam kediaman, sekolah atau tempat kerja.
  • Warga tua, kanak-kanak, bayi, wanita hamil dan mereka yang mempunyai alahan, asma atau lelah dan penyakit pernafasan lain adalah lebih rentan kepada masalah pencemaran udara dalaman.
  • Kualiti udara dalaman yang tidak memuaskan disenaraikan sebagai ancaman alam sekitar kepada masyarakat. Pencemaran udara dalaman adalah diantara lima pembawa risiko kesihatan alam sekitar. Memiliki Penulen Udara yang sesuai boleh membawa implikasi besar terhadap kualiti udara dalaman.
  • Menurut penyelidikkan, pencemaran biasa did alam kediaman dan pejabat telah kian diiktiraf sebagai pengancam kesihatan pernafasan kita.
  • Kian ramai orang terjejas dengan keadaan alahan seperti demam alergi (hay fever). Belajar mengawal persekitaran kediaman bagi mengurangkan tahap allergen adalah penting bagi menangani alahan sedemikian.
  • Asma atau lelah adalah penyakit pernafasan kronik yang melibatkan semua peringkat umur. Bilangan pengidap asma telah meningkat naik sejak dua dekad lalu. Di Malaysia, asma dilaporkan menyerang lebih daripada 1 juta rakyat, manakala di Singapura pula, angkanya melebihi 200,000 orang. Kekerapan berlakunya jerebu telah meningkatkan masalah tersebut dan dengan ini, perhatian segera adalah amat diperlukan.
  • Pencemaran biasa boleh memasuki kediaman kita melalui kebocoran udara pada struktur kediaman.

Friday, March 23, 2012

Mengapa Anda dan Orang Yang Tersayang Masih Bernafas Di Dalam Udara Dalaman Yang Tidak Selamat?


Pada hari ini, berjuta-juta manusia terdedah kepada bahaya dan penyebaran meluas pencemar bawaan udara yang wujud pada udara dalaman. Yang paling berisiko adalah kanak-kanak, warga tua, mereka yang menghidap penyakit paru-paru dan kardiovaskular – golongan yang mempunyai daya ketahanan tubuh yang kurang atau lemah. Pencemaran zarah udara dalam apa jua bentuk akan meningkatkan risiko yang merosakkan kesihatan, kematian pra-matang, kanser paru-paru, brionkitis kronik, malahan serangan jantung. Pencemaran udara dalaman yang teruk mungkin menyebabkan serangan asma atau lelah, sesak nafas, batuk, nafas berdehit dan menjurus kepada peningkatan penyakit pernafasan dan kardiovaskular.

Tuesday, March 20, 2012

Testimonial - Beyond Water, B'Young, Contiago and Beyond Microplasma Air Purifier

Here some the testimonial from user who used Beyond Water Filter, Contiago, Beyond Microplasma Air Purifier and consume B'Young for their supplement.

Thursday, March 8, 2012

Bagaimana Ion Microplasma Beyond Bertindak?



Ion Positif yang terhasil adalah Ion Hidrogen sementara Ion Negatif ialah Ion Oksigen.
  1. Gugusan Ion Microplasma menyerang dan mengepung virus, bacteria, baud an zarahan bawaan udara.
  2. Gugusan Ion Microplasma membentuk radikal Hidroksil yang mengekstrak Hidrogen daripada zarahan udara yang merbahaya.
  3. Zarahan udara yang merbahaya (virus, bacteria, dll) dineutralkan serta bertukar menjadi tidak aktif dan tidak merbahaya.


Beyond Microplasma Air Purifier - Teknologi Penapisan Pelbagai Yang Termaju Untuk Menapis Rangkaian Terbesar Pencemar Udara Dalaman

Beyond Microplasma Air Purifier merangkumi sistem penapisan udara aktif pelbagai-tahap yang terdiri daripada 4 penapis penting dan canggih bagi memberikan penulenan dan penapisan udara tahap tertinggi.

Tahap Pertama Penapisan Udara : Pra-penapis Boleh Cuci
  • Lapisan pertama yang mengawal allergen bersaiz besar
  • Memerangkap habuk dan zarahan kotor yang besar dan kecil
  • Tahan lama, berkesan dan boleh dicuci.


Tahap Kedua Pensterilan Udara : Penapis Nano Perak – Mengaplikasikan Teknologi Nano Perak Dan Totanium Dioksida
  • Memberikan tindakan berkuasa anti-bakteria, anti kulat dan anti-virus
  • Merencatkan perkembangan bacteria dan kulat
  • Menyahaktifkan dan menyingkirkan virus bawaan udara
  • Menyahaktifkan dan menyingkirkan bacteria bawaan udara
  • Menyahaktifkan dan menyingkirkan spora kulapok
  • Menyingkirkan debunga
  • Tindakkan menyahbau yang berkesan
  • Tindakan pensterilan-sendiri bagi menyingkirkan segala bacteria, virus, allergen, dll yang telah ditapis

Dengan Titanium Dioksida, digunakan secara meluas untuk menyingkirkan bau didalam udara, membunuh bakteria dan mengurai bahan organik.


Tahap Ketiga Peneutralan Bau / Udara : Penapis Karbon Bergranul Teraktif

  • Penyingkiran dan pengawalan bau : mengandungi liang mikro untuk menyingkirkan bau kuat, zarahan udara dan bahan kimia bawaan udara secara berkesan
  • Tindakkan menyahbau yang berkuasa
  • Berkesan menentang zarah bersaiz mikro
  • Menyingkirkan habuk dan zarahan bawaan udara termasuk asap tembakau


Tahap Keempat Pensterilan / Penapis Udara : Penapis True – HEPA (High Efficiency 

  • Particulate Arrestance – Penyekat Zarahan Berkecekapan Tinggi)
  • Dibangunkan di Amerika Syarikat untuk perlindungan daripada habuk radioaktif bawaan udara
  • Berkecekapan menyekat zarah udara dengan berkesan pada kadar sehingga 99.97%.
  • Penapis mikro sekecil 0.3 mikron termasuklah asap, habuk, debunga dan semua allergen di udara yang melalui penapis.
  • Pengunaan penapis standard dalam keadaan bilik bersih, perubatan dan makmal yang terkawal
  • Penulenan udara berkuasa
  • Penyegaran-semula udara yang berkesan


Ion Mikroplasma Beyond Dan Sistem Penapisan Termajunya Berkemampuan Menyerang dan Meneutralkan Pencemar Udara Berikut :

Bakteria
Debu
Serat Tekstil
Virus
Hama
Formaldehid
Tembakau
Najis Hama
Asbestos
Kulapok
Telur Hama
Benzena
Spora Kulapok
Kabut
Plumbum
Gris Memasak
Jelaga
Klorin
Wasap Cat
Abu
Bahan Kimia Pencuci
Debunga
Wasap Diesel
Tanah
Wasap Ekzos Auto



Dan banyak lagi pencemar udara yang boleh menjejaskan pernafasan dan kesihatan anda!

Beyond Microplasma Air Purifier – Litupi Persekitaran Anda Dengan Udara Menyegarkan Sesegar Di Rimba!

Apakah itu Microplasma Beyond?

Pusat produk penulenan udara canggih ini ialah Teknologi Ion Microplasma Beyond – sistem teknologi penulenan udara termaju yang mengunakan penjana Ion Microplasma canggih, kompleks dan terkawal secara mikro-komputer yang berteruan menjana aliran tetap Ion Hidrogen dan Oksigen dari molekul oksigen dan air didalam udara. Kombinasi Ion khas ini mempunyai kualiti pembersihan udara berkuasa.


Thursday, March 1, 2012

Beyond Microplasma Air Purifier – Membersih, Menulen dan Mensteril Udara

Beyond Microplasma Air Purifier adalah cara revolusioner sebenar untuk mendapatkan udara bersih dan segar didalam keselesaan dirumah atau pejabat anda sendiri. Beyond Microplasma Air Purifier berasaskan Teknolohi Ion Microplasma unik dan proses penapisan dan penulenan udara 4 tahap. Ia adalah penulenan udara yang canggih, ekonomi dan menjimatkan tenaga, yang boleh dioperasikan dengan senyap dengan penyelenggaraan yang minimum. Ia mampu membersihkan udara berterusan dan dengan cekap – memastikan seboleh mungkin udara yang disedut adalah terbersih, tersegar dan tertulen. Beyond Microplasma Air Purifier juga mempunyai ciri automatic dan ciri menarik yang menjadikan ini penulenan udara yang sesuai untuk setiap kediaman atau pejabat.



Ciri-ciri Khas Beyond Microplasma Air Purifier

  1. Teknologi Ion Microplasma Beyond  Menyingkirkan Pencemar dan Bau Secara Pantas dan Berkesan : Teknologi Ion Microplasma Beyond dengansegera menyingkirkan pencemar, zarahan, allergen dan gas berbau yang merbahaya pada tahap molekul seperti formaldehid dan sebatian organik meruap untuk penyahbauan berkuasa, berkesan dan pantas.
  2. Pengesan-bau Pintar Mengawal Penjanaan Ion Microplasma Secara Automatik Sewaktu Anda Tidur : Pengesan-bau pintar didalam Beyond Microplasma Air Purifier adalah menakjubkan kerana ia direka cipta untuk mengesan sekumin kepekatan baud an pencemar serta zarahan habuk seperti habuk kediaman, spora kulapok, debunga, asap tembakau dan allergen bawaan udara lain didalam udara.
  3. Jangka Hayat Penapis Lebih Panjang : Beyond Microplasma Air Purifier memberikan operasi berpanjangan tanpa henti dengan penyelengaraan yang rendah untuk pengoperasian yang tiada masalah. Penapis berkualiti superiornya  memberikan kapasiti penapis jangka panjang.
  4. Kesan Pensterilan Nano Perak Unik : Pengunaan Nano Perak berteknologi tinggi dengan Titanium Dioksida di dalam sistem penapisan memberikan Beyond Microplasma Air Purifier fungsi anti bacteria dan anti kulat yang hebat serta kesan pensterilan sendiri yang mencegah kemungkinan pencemaran dalaman oleh microorganism.
  5. Pengoperasian Senyap : Tahap bunyi yang paling rendah untuk tidur atau rehat yang tidak terganggu.
  6. Pengunaan Elektrik Rendah : Penulenan udara yang paling ekonomi dan menjimatkan tenaga.
  7. Fungsi Kawalan Jauh :  Beyond Microplasma Air Purifier mempunyai alat kawalan jauh yang senang dikendalikan untuk pengoperasian dan kawalan mudah.
  8. Pemantau Jangka Hayat Penapis Pintar : Beyond Microplasma Air Purifier mengambi kira keadaan sebenar pengunaan, penetapan kelajuan dan kualiti udara untuk hasil dan prestasi penapisan danpenulenan udara maksimum.
  9. Penunjuk Servis / Pengantian Penapis Pintar : Beyond Microplasma Air Purifier berciri penunjuk servis / Pengantian Penapis yang akan menyala bagi menunjukkan perlunya servis atau pengantian penapis, memberikan penyelenggaraan optimum dan kecekapan pengoperasian tertinggi.
  10. Ciri Pengoperasian Pintar dan Menyeluruh : Nikmati penulenan udara luar biasa tanpa kesukaran dengan cirri-ciri automatik pintar yang menjadikannya penulenan udara sempurna untuk setiap kediaman atau pejabat.
  11. Pilihan Tetap Kelajuan Kipas Auto / Manual 4 Kelajuan : Beyond Microplasma Air Purifier menawarkan pilihan kipas 4 kelajuan (Senyap, Pertengahan, Tinggi dan Maksimum) untuk disesuaikan dengan kemahuan individu.
  12. Ciri Serba Boleh, Rekaan Estetik : Berkesan, praktikal, tahan lasak, mampu dimiliki, versatile. Beyond Microplasma Air Purifier menawarkan fungsi serba guna handalan serta mempunyai kualiti estetik hebat bagi disesuaikan dengan setiap kediaman atau pejabat.


Produk kod                         : BA 5401
Kuantiti                              : 1 Unit
Harga                                 : Dapatkan harga tawaran terkini

Facebook like button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...