Follow us on Google+

Tuesday, January 1, 2013

Care for health : Penjagaan kesihatan mata melalui PEMAKANAN dan B'Young

Mata adalah jendela minda. Penjagaan kesihatan mata bukanlah satu perkara yang boleh dipandang ringan disebabkan begitu pentingnya peranan mata dalam kehidupan seseorang.



Gambar : Ehsan carian Google

Namun begitu tidak banyak maklumat yang tersedia mengenai penjagaan kesihatan mata, selain dari nasihat mengamalkan pengambilan sayur-sayuran berpigmen seperti lobak merah yang kaya dengan OB karotena (sejenis karotenoid). Amalan baik ini memerlukan disiplin dan motivasi berterusan yang patut dimulakan sejak dari bangku sekolah lagi.



Walaupun pelbagai kajian dilakukan dalam beberapa tahun lepas, kesahihan hubungan antara pemakanan dan kesihatan mata adalah perkara baru dalam Sains Makanan. Penemuan-penemuan baru menunjukkan bukan sahaja terdapat hubungan pemakanan dan kesihatan mata, malahan hampir kesemua penyakit degeneratif/kronik boleh dicegah dengan mengamalkan kaedah pemakanan tertentu.



Tiga penyakit utama yang memberi kesan serius terhadap kesihatan mata termasuklah AMD (age-related macular degeneration), katarak dan diabetic retinopathy. AMD adalah penyakit mata yang menyebabkan kehilangan penglihatan pusat (central), mengakibatkan pengidap hanya mempunyai penglihatan sisi (peripheral) sahaja. Biasanya AMD tidak mengakibatkan kebutaan total. Katarak adalah kesamaran pada penglihatan disebabkan oleh pembentukan "clouding' pada kesemua atau sebahagian kanta mata. Katarak biasanya berlaku pada mereka yang berumur 55 tahun ke atas. walaupun terdapat juga kes pada pengidap lebih muda. Diabetic retinopathy pula adalah kerosakan penglihatan disebabkan kekerapan komplikasi diabetes (jenis I dan II). Penyakit ini adalah penyumbang terbesar kehilangan penglihatan (kebutaan) bagi pengidap diabetes. Diabetic retinopathy adalah berkait rapat dengan ketidaknormalan pada saluran kecil darah pada retina mata akibat dari diabetes, seperti kelemahan pada dinding saluran
darah atau kebocoran daripada saluran darah.

Di Negara maju. AMD telah dikenalpasti sebagai penyumbang terbesar kepada kebutaan bagi mereka yang oerumur 50 tahun ke atas. Di seluruh dunia, dianggarkan 25 hingga 30 juta manusia menghidapi penyakit ini. Masalah kebutaan disebabkan diabetes juga meningkat di seluruh dunia. Penghidap diabetes
di Amerika sahaja hampir mencecah 17 juta orang dan jumlah ini meningkat dengan ketara setiap tahun. Adalah dianggarkan. seramai 4.5 juta orang rakyat Amerika yang mengidap diabetes perlu dirawat untuk masalah penglihatan. Perlu diingat, apabila seseorang disahkan mengidapi diabetes, risiko kehilangan penglihatan adalah tinggi. Malangnya, tiada atau kurang terapi yang sesuai untuk mengubati masalah ini.



Masalah ini telah memberikan peluang kepada syarikat ZHULIAN untuk mereka cipta produk yang dapat mengawal kandungan gula darah dan memastikan ramuan nutraseutikal penjagaan kesihatan mata dimuatkan dalam produk. Kombo karbohidrat komplek dalam BYoung™ Advanced Functional Beverage diproses dalam sistem penghadaman pada kadaryang lebih perlahan lalu menyumbang kepada rasa kenyang. Selain dapat mengurangkan pengambilan kalori dari makanan berkabohidrat (e.g. nasi) ia juga dapat membantu memperlahankan penyerapan dan penukaran karbohidrat ke gula darah. Kaedah ini membantu mengurangkan risiko penyakit katarak dan dapat menolong badan mengawal paras gula dalam darah. Ini adalah langkah proaktif bagi pencegahan diabetes. Untuk membantu dalam penjagaan kesihatan mata ramuan-ramuan seperti ektrak bilberi, lutein (sejenis karotenoid), zink dan vitamin E (antioksidan) dimuatkan dalam produk. Ramuan-ramuan ini telah dikaji dengan terperinci oleh saintis seluruh dunia sebagai ramuan berfungsi pelindung penyakit kronik pada mata. Sebagai contoh. satu kajian oleh Persatuan Penyelidikan bagi Penglihatan dan Optalmologi (2001-2002) menunjukkan 90 pesakit AMD yang diberi suplemen mengandungi lutein atau lutein campurantioksidan lain telah mengalami penambahbaikan penglihatan jika dibandingkan dengan pil placebo (pil yang tiada bahan aktif). Walaupunbegitu. kajian ini dijalankan selama 12 bulan dan disasarkan untuk mereka yang telah pun mengidapi AMD. Banyak kajian lain membuktikan ekstrak bilberi dan lutein didapati sangat berkesan mempengaruhi kesihatan mata bukan hanya untuk menyembuhkan penyakit mata di atas tetapi untuk melindungi mata dari penyakit tersebut dan mempengaruhi bekalan darah ke mata. Ekstrak bilberi terutamanya dikenalpasti meningkatkan aliran darah dan oksigen ke mata di samping menguatkan saluran darah. Peranan ini sangat penting untuk memastikan kesihatan penglihatan yang optimum.



Suatu fakta menarik untuk difikirkan :


Terdapat lebih 600 sebatian karotenoid di alam semulajadi, tetapi hanya 20 jenis didapati dalam serum manusia (diserap oleh badan untuk fungsi tertentu). Dari jumlah ini. hanya lutein dan zeaxanthin (sejenis antioksidan lagi) dijumpai dalam kanta mata. Jika tiada peranan pentingmustahil badan akan mengambil lutein dan mengangkutnya ke kanta mata!

Pada awal kajian mengenai penyakit mata akibat penuaan atau "age related eye disease study" (AREDS) iaitu sekitar 1999 - 2000, memang terdapat sedikit kesangsian oleh pakar-pakar mata sedunia (ophthalmologist). Kini, Sains telah membuka lembaran baru bagi penjagaan mata melalui pemakanan. Bayangkan, suatu hari nanti apabila kita melawat kedai cermin mata, jangan terkejut jika pakar mata menasihatkan kita mengambil pemakanan/makanan tambahan tertentu untuk menyelenggara kesihatan mata. Kemungkinan besar ramuan berfungsi yang bakal dicadangkan oleh pakar-pakar mata ini telah pun dimuatkan dalam B'Young Advanced FunctionalBeverage.



Akhir kata, jagalah kesihatan "jendela minda" anda.

No comments:

Post a Comment

Facebook like button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...