Follow us on Google+

Wednesday, August 6, 2014

Cara-cara mengelak serangan Gastrik

Gastrik antara penyakit yang sinonim di bulan puasa. Bila terkena sakitnya memang tidak boleh digambarkan dan satu yang perlu diingati ialah penyakit ini memang sukar untuk diubati. Biarpun begitu, bagi anda yang menghidapinya janganlah risau kerana ada cara untuk anda mengelak dari terkena serangan gastrik ini.


Mengatur waktu makan
Jangan melambatkan waktu berbuka. Sekiranya anda sering tidak sempat berbuka pada waktunya kerana terperangkap dalam kesesakan, sediakan kurma, biskut dan air sebagai persediaan.

Pilih makanan yang sesuai
Paling perlu dihindari adalah makanan yang masam. Selain itu anda juga harus berhati-hati dengan makanan yang berlemak dan pedas. Jika makanan ini termasuk dalam pola makan anda, kesannya pasti anda ketahui. Elakkan berbuka dan bersahur dengan makanan ini.

Jangan merokok
Selain membuang tabiat yang tidak berfaedah ini, hindari juga tempat yang banyak asap rokok. Nikotin dan radikal bebas yang dikeluarkan oleh rokok akan mempengaruhi sel-sel yang ada di dalam lapisan perut. Akibatnya gastrik lebih mudah menyerang.

Jauhi Alkohol
Alkohol mempunyai sifat kimia yang mengikis pelindung perut. Jauhi Alkohol bererti anda sudah menyelamatkan bukan saja perut tetapi hati dan hempedu kita.

Berehat
Stres juga boleh menyebabkan serangan gastrik. Jadi pandai pandai lah mencari cara agar anda boleh riles dan tenang bila tertekan. Yoga, meditasi atau sekadar menghirup wangian aroma terapi boleh menjadi pilihan tepat.

No comments:

Post a Comment

Facebook like button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...