Follow us on Google+

Tuesday, February 25, 2014

Tips mengawal berat badan

Anda ada masalah berat badan? Masih lagi mengamalkan diet permakanan atau mengambil apa-apa produk pelangsing badan? Hari ini, saya akan kongsikan satu tips untuk mengawal berat badan anda.

Gambar ehsan Google

  1. Gunakan pinggan kecil 
  2. Ambil sedikit hidangan sahaja 
  3. Lebihkan sayuran dan buah-buahan 
  4. Kurangkan makanan berminyak 
  5. Tunggu 15 hingga 20 minit sebelum mengambil makanan lagi 
  6. Kurangkan minuman manis tukar dengan air suam 
  7. Minum banyak air sebelum ke rumah terbuka 
  8. Senaman ringan sebelah pagi 
  9. Minum air halia bagi membantu penghadaman 
  10. Pesakit kronik jangan lupa mengambil ubat
Tips ini hanyalah sebagai panduan dan boleh dijadikan amalan seharian anda dalam mengawal berat badan anda.

Monday, October 28, 2013

Langkah cegah sakit jantung

AMALKAN permakanan yang sihat.
Seimbangkan dengan sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi serat.



BERHENTI merokok.
Jangan cuba berhenti tetapi teruskan berhenti merokok.

AMALKAN gaya hidup yang aktif.
Bersenam sekurang-kurang 150 minit seminggu. Ia boleh mengurangkan tekanan darah dan kolesterol selain berasa segar.

KENALI nombor anda seperti bacaan tekanan darah terakhir, i deks jisim badan atau (BMI) dan paras gula dalam darah.

Sunday, October 13, 2013

Maanfaat teh pada kesihatan dan kecantikkan

Selain enak dijadikan minuman untuk kesegaran, teh juga mempunyai manfaat untuk kecantikan  Mari semak apa kebaikannya:  




  • Mengatasi mata yang penat
Caranya, rendamkan dua uncang teh didalam air yang panas dan kemudian sejukkan. Setelah sejuk, tempatkan uncang teh tersebut disekitar mata selama 15 minit. Tanin yang terdapat didalam teh boleh mengurangi kemerahan dan bengkak pada mata.

  • Mengurangi sakit pada luka melecur

Sapukan uncang teh yang basah ke kawasan yang melecur dan dapat mengurangi rasa sakit dari luka tersebut.


  • Membantu menghilangkan parut
Parut dari luka terkena pisau atau melecur boleh diatasi dengan meletakkan uncang teh basah pada kawasan luka. Ini dapat mengurangi luka atau parut pada kulit anda.

  • Sebagai ubat kumur

Teh boleh menjadi ubat kumur yang cukup efektif. Kumur mulut dengan teh beraroma seperti pudina atau teh lainyang dicampur dengan garam.

  • Mencantikkan kaki

Bagi yang sering memanjakan kaki, rendam kaki dengan teh kamomil yang dicampurkan dengan garam Epsom untuk membuatkan kaki kelihatan bermaya dan cantik.

Tuesday, October 8, 2013

The fruits that can change your life

Just extend some information about the fruit which can make changes to our life if we consume it regularly.

Sunday, October 6, 2013

Sihatkan tubuh anda

Tubuh badan tidak boleh menghasilkan vitamin dan mineral. Malahan tubuh badan juga tidak boleh memberitahu apakah vitamin yang diperlukan. Ia hanya boleh memberikan simptom tertentu apabila kita kekurangan vitamin atau mineral. justeru, untuk hidup sihat, kita prrlu dapatkan semua vitamin dan mineral daripada permakanan harian atau pun suplement kesihatan.


Ehsan dari blogger Healthy Choice For Your Life

Namun malangnya, masih ada dikalangan kita yang kurang mengetahui pentingnya peranan vitamin dan mineral kepada tubuh. Malah hasil kajian pakar turut menunjukkan:

  • Masyarakat melayu mempunyai kadar vitamin C yang rendah akibat suka memasak makanan terlalu lama.
  • Sayur-sayuran dan buah-buahan mula kehilangan nutrien apabila ia dipetik kemudian disimpan, dihantar dan kemudian disimpan semula.
  • Suasana sibuk dan tertekan boleh menghilangkan nutrien-nutrien utama didalam badan dan nutrisi yang lemah mengurangkan keupayaan diri untuk mengatasi tekanan.
  • Tepung yang digunakan untuk membuat roti putih kehilangan kira-kira 40% vitamin C, 85% vitamin B6 dan 72% zink.
  • Memotong sayuran dalam ukuran kecil boleh mengurangkan kandungan nutrisi.
  • Pengunaan alat pencegah hamil boleh menganggu penyerapan dan pengunaan beberapa nutrient didalam badan. Ini termasuk vitamin E, C, B6, asid folik, zat besi dan zink.
  • Tubuh badan memerlukan keperluan nutrisi yang seimbang agar sistem tubuh dapat berfungsi dengan baik, meningkatkan kadar metabolisme serta meningkatkan tahap kesihatan.

Facebook like button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...