Follow us on Google+

Wednesday, May 1, 2013

Sistem penapisan, penulenan dan pengaktifan air paling maju

Sistem aliran selari pelbagai kebuk. pelbagai peringkat BEYOND WATER'" terdiri daripada 7 kebuk penapis, termaju dan bahagian penghujung bermagnet berkuasa tinggi. Secara keseluruhannya. sistem penapisan, penulenan dan pengaktifan air yang unik dan termaju ini mengandungi lebih daripada 30 lapisan penapis dan bahan penapisan untuk memberikan sistem rawatan air yang paling berkesan dan menyeluruh di dalam pasaran hari ini!



Di antara bahan penapisan superior ini  termasuklah 3 media penapisan khas - Penapis Seramik 3 Peringkat dengan Perak Tersteril, Medium Memproses KDF 55® Yang Dlpatertkan dan Karbon Teraktif Tinggi Bergranul Dengan Perak yang sangat berkesan menyingkirkan dan menyekat rangkaian meluas pencemar air yang mungkin ditemui di dalam air paip.


PENAPIS SERAMIK 3 PERINGKAT DENGAN PERAK TERSTERIL

Kebuk penapis tunggal ULTRA I mengandungi perak tersteril di dalam Penapis Seramik 3 Perinqkat denqan Perak Tersteril yang merupakan agen pensterilan-sendiri (bakteriostatik) yang dirumus khas. Hasilnya, pertumbuhan baKteria dicegah dan disingkirkan daripada terjadi di dalam elemen seramik.  Kebuk Penapis ULTRA I ini berkemampuan menyingkirkan:



  • Sista (Giardia, Kriptosporidium, dll)
  • Spora
  • Bakteria
  • Zarahan
  • Enapan
  • Bahan Kimia Organik
  • Racun Perosak
  • Racun herba
  • Pelarut organik
  • Bahan kimia seperti Klorin dan lain-lain



MEDIUM MEMPROSES KDF 55 YANG DIPATENKAN


Granul KDF 55®diguna secara meluas di dalam aplikasi pra-rawatan, rawatan utama dan rawatan air kumbahan. la amat berkesan menyingkirkan klorin dan logam berat terlarut-air dan mengandungi granul aloi berketulenan tinggi untuk melanjutkan keberkesanan sistem penapis secara dramatik bagi mengawal logam berat dan mikro organisma serta meminimumkan penyelenggaraan penapis.

Medium Memproses KDF 55® Yang Dipatenkan bertindak melalui Pengoksidaan-Penurunan Ion, yang dikenali sebagai Proses Redoks. Proses Redoks ini bertindak dengan menukarkan elektron dengan pencemar. Penukaran elektron ini menukarkan pencemar merbahaya kepada komponen tidak merbahaya seperti Klorin kepada Klorida. Pencemar lain, termasuk logam berat dikurangkan atau disingkirkan.

Medium Memproses KDF 55® Yang Dipatenkan mengawal mikroorganisma dalam dua cara. Pertama, melalui produk sampingan dari proses Redoks - penukaran elektron membentuk medan elektrolitik di mana kebanyakan mikroorganisma tidak dapat bertahan. Cara kedua melibatkan proses membentuk radikal Hidroksil dan Peroksida dari molekul air yang mengganggu keupayaan mikroorganisma untuk berfungsi dan terus hidup.




Medium Memproses KDF 55® Yang Dipatenkan di dalam BEYOND WATER™ boleh menyekat dan menyingkirkan berikut:


  • Klorin
  • Plumbum
  • Raksa
  • Besi
  • Hidrogen Sulfida
  • Bakteria
  • Alga
  • Kulat
  • Kerak kapur
  • Kulapuk
  • Kalsium Karbonat
  • Magenesium
  • Kromium dan lain-lain



KARBON TERAKTIF TINGGI BERGRANUL DENGAN PERAK

Karbon adalah bahan yang amat berllang yang boleh menarikdan menyimpan pelbagai pencemar merbahaya. Karbon teraktif adalah karbon yang mempunyai cas elektropositif, menjadikannya lebih mudah menarik bahan kimia dan kekotoran. Apabila air mengalir di atas permukaan karbon bercas positif. Ion Negatif pencemar akan tertarik ke permukaan karbon bergranul. Terdapat dua mekanisma utama di mana Karbon Teraktif Tinggi Bergranul Dengan Perak menyingkirkan pencemar daripada air - dengan cara menjerap dan Penurunan Bermangkin. Penurunan Bermangkin adalah proses yang melibatkan penarikan Ion pencemar bercas Negatif ke arah Karbon Teraktif yang bercas Positif. Kehadiran sebatian organik disingkirkan dengan menjerap sementara sisa penyahjangkitan seperti Klorin dan Kloromin disingkirkan oleh Penurunan Bermangkin. Karbon Teraktif Tinggi Bergranul Dengan Perak menanggalkan sebarang bakteria di dalam air kerana perak adalah sangat berkesan terhadap lebih daripada 650 jenis bakteria dan virus. Penapis Karbon Teraktif Tinggi Bergranul Dengan Perak sangat berkesan menanggalkan pencemar berikut yang sering terdapat pada air paip:

  • Sebatian Organik Meruap
  • Racun Perosak
  • Racun Herba
  • Klorin
  • Benzena
  • Sebatian Thalometana
  • Radon
  • Pelarut
  • Hidrogen Sulfida
  • Ratusan Bahan Kimia Buatan Manusia
  • Logam Berat
  • Mangan
  • Besi
  • Giardia
  • Kriptoporidium
  • Keladak
  • Zarahan dan lain-lain

Klik disini untuk maklumat lebih lanjut berkenaan Beyond Water filter,


No comments:

Post a Comment

Facebook like button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...