Follow us on Google+

Friday, January 20, 2012

Apa itu Melatonin?


Melatonin (N-acetyl-5 methoxytryptamine) yang disintesiskan dari Asid Amino Triptofan, adalah hormone yang dihasilkan oleh kelenjar Pineal didalam otak. Terdapat makanan dari jenis tertentu yang mengandungi Melatonin dimana makanan dengan kandungan Melatonin tertinggi adalah oat yang mengandungi purata 1000-1800 pikogram Melatonin per gram (1,000,000 piko gram bersamaan 1 mg). halia, tomato, pisang dan barli turut dianalisa dan didapati mengandungi purata 500 pikogram Melatonin per gram. Jumlah seni melatonin didalam makanan sedemikian menunjukkan sejumlah besar makanan yang mengandungi Melatonin atau pelopornya perlu dimakan supaya tahap Melatonin harian yang diperlukan dapat dipenuhi. Contohnya, hanya untuk memperolehi satu mg Melatonin anda perlu mengambil lebih daripada 20 mangkuk oat. Tahap biasa melatonin harian yang disyorkan adalah 3 mg.

Melatonin terdapat didalam bentuk suplemen makanan (tidak termasuk Malaysia) seperti pil dan tablet. Kebanyakkannya dikeluarkan secara sintetik dan hanya sebahagiannya diperolehi dari sumber semula jadi, seperti kelenjar haiwan. Masalah daripada pil dan tablet ini adalah amat jelas; melatonin sintetik diklasifikasikan dan dikawal sebagai sejenis ‘dadah’ di Negara tertentu dan penjualannya tidak dibenarkan. Ia dikenali sebagai suplemen makanan di Thailand dan Singapura tetapi dikawal sebagai dadah di Negara Kesatuan Eropah. Melatonin yang diperolehi secara semula jadi seperti yang diekstrak daripada kelenjar haiwan pula membawa kerisauan potensi jangkitan protein prion yang menyebabkan Penyakit Lembu Gila dan menjadi isu ke atas kesesuainnya untuk orang islam.


Hasilnya terdapat keperluan terhadap produk yang mengalakkan sintesis melatonin semula jadi didalam tubuh, tanpa perlu mengambil suplemen melatonin sintetik yang disebutkan tadi. Oleh itu, formulasi termaju dan kejayaan pembangunan minuman berfungsi yang popular dan unik – B’Young Advance Functional Beverage oleh Zhulian memberikan sumber makanan semula jadi yang tepat pada masanya dan boleh diterima, dan antara lainnya berkandungan tinggi Triptofan, Vitamin B6, ekstrak Jus Noni, Enzim, Kalsium dan ekstrak tumbuhan semula jadi yang kaya Melatonin.

B’Young Advance Functional Beverage direka untuk membekalkan tubuh dengan pelopor Melatonin penting di siang hari yang kemudiannya ditukarkan kepada Melatonin pada waktu malam dan mencapai tahap maksimum sehingga pukul 4.00 am.


Sachet “Malam” B’Young direka untuk menangani halangan darah – otak bagi membolehkan Triptofan, sejumlah besar Asid Amino memasuki otak dengan mudah untuk sintesis Melatonin semula jadi. Ia adalah sebab utama mengapa sachet “Malam” B’Young perlu diambil 1 jam sebelum tidur.




Klik disini untuk mendapat maklumat lebih lanjut berkenaan produk B'Young.

1 comment:

  1. wonderful post, very informative. I wonder why the opposite experts of this sector do not notice
    this. You must proceed your writing. I'm confident, you've a great readers' base already!

    Feel free to surf to my website; Buy Testoril

    ReplyDelete

Facebook like button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...