Ia boleh dimakan segar. Ia boleh diperah
jusnya untuk dijadikan minuman, sebagai bahan perencah masakan atau diparut
sebagai perisa kek, kuih-muih alau bahan perapan. Itulah keistimewaan buah sitrus yang merangkumi pelbagai jenis
limau sama ada oren, lemon, limau nipis, limau bali, limau kasturi, limau purut
mahu pun limau Mandarin. Rasanya masam dan manis serta kaya dengan vitamin C
yang baik untuk kulit. Vitamin C bertanggungjawab membentuk kolagen yang baik
untuk membentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah dan tulang
serta membantu proses penyembuhan luka.
Buahan sitrus juga baik untuk kesihatan
jantung, penglihatan serta mengurangkan risiko penyakit kanser.
la juga memiliki kelebihan sebagai
antioksidan, membantu mengawal tekanan darah, mengurangkan risiko penyakit
strok di kalangan wanita serta membantu perkembangan otak janin. Buah oren pula
antara "ubat" paling manis. Mengambil dua atau empat biji
buah berkenaan setiap hari boleh menjauhkan selesema, kolesterol, mencegah dan
melarutkan batu di dalam buah pinggang serta memperkecilkan risiko barah usus.
Oren juga mengandungi karbohidrat dalam
bentuk fruktosa, glukosa dan sukrosa.
Serat di dalam karbohidrat melambatkan proses
pengosongan perut, pencernaan dan penyerapan khasiat makanan. Oren turut
mengandungi beta carotene, iaitu antioksida yang berkuasa yang memelihara
kesihatan sel kita. Ia turut mcngandungi kalsium yang berfungsi membina tulang
dan gigi kuat. Kandungan asid folik dalam cbuah oren juga sangat diperlukan
otak.
Magnesium dalam buah oren pula boleh
membantu mengawal tekanan darah supaya dapal diseimbangkan. Manakala kandungan potasiumnya menjaga
kesihatan sistem kardiovaskular dan memelihara keseimbangan elektrolit dalam
tubuh.
Makanan yang kita makan juga dapat
ditukarkan menjadi tenaga menerusi thiamin yang terkandung di dalam buah oven.
Sementara itu pencuci mulut, kek atau puding daripada buahan sitrus pula boleh
membuka selera kerana mempunyai gabungan rasa masam dan manis.
Tip
Kulit buah oren yang berwarna putih
sebenarnya mengandungi lebih banyak vitamin C berbanding isinya. Jika anda
ingin menikmati buah oren, tinggalkan sedikit lapisan putih kulitnya untuk
dinikmati bersama isinya. Walaupun sedikit pahit, ini demi kesihatan anda juga.