Follow us on Google+

Tuesday, May 21, 2013

Vitamin C untuk membentuk kolegen

Ia boleh dimakan segar. Ia boleh diperah jusnya untuk dijadikan minuman, sebagai bahan perencah masakan atau diparut sebagai perisa kek, kuih-muih alau bahan perapan. Itulah keistimewaan buah sitrus yang merangkumi pelbagai jenis limau sama ada oren, lemon, limau nipis, limau bali, limau kasturi, limau purut mahu pun limau Mandarin. Rasanya masam dan manis serta kaya dengan vitamin C yang baik untuk kulit. Vitamin C bertanggungjawab membentuk kolagen yang baik untuk membentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah dan tulang serta membantu proses penyembuhan luka.


Buahan sitrus juga baik untuk kesihatan jantung, penglihatan serta mengurangkan risiko penyakit kanser.

la juga memiliki kelebihan sebagai antioksidan, membantu mengawal tekanan darah, mengurangkan risiko penyakit strok di kalangan wanita serta membantu perkembangan otak janin. Buah oren pula antara "ubat"  paling manis. Mengambil dua atau empat biji buah berkenaan setiap hari boleh menjauhkan selesema, kolesterol, mencegah dan melarutkan batu di dalam buah pinggang serta memperkecilkan risiko barah usus.

Oren juga mengandungi karbohidrat dalam bentuk fruktosa, glukosa dan sukrosa.

Serat di dalam karbohidrat melambatkan proses pengosongan perut, pencernaan dan penyerapan khasiat makanan. Oren turut mengandungi beta carotene, iaitu antioksida yang berkuasa yang memelihara kesihatan sel kita. Ia turut mcngandungi kalsium yang berfungsi membina tulang dan gigi kuat. Kandungan asid folik dalam cbuah oren juga sangat diperlukan otak.

Magnesium dalam buah oren pula boleh membantu mengawal tekanan darah supaya dapal diseimbangkan. Manakala kandungan potasiumnya menjaga kesihatan sistem kardiovaskular dan memelihara keseimbangan elektrolit dalam tubuh.

Makanan yang kita makan juga dapat ditukarkan menjadi tenaga menerusi thiamin yang terkandung di dalam buah oven. Sementara itu pencuci mulut, kek atau puding daripada buahan sitrus pula boleh membuka selera kerana mempunyai gabungan rasa masam dan manis.

Tip
Kulit buah oren yang berwarna putih sebenarnya mengandungi lebih banyak vitamin C berbanding isinya. Jika anda ingin menikmati buah oren, tinggalkan sedikit lapisan putih kulitnya untuk dinikmati bersama isinya. Walaupun sedikit pahit, ini demi kesihatan anda juga.

No comments:

Post a Comment

Facebook like button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...