Follow us on Google+

Monday, December 13, 2010

Hinokoshiwa - Sample of detox foot patch

Here some sample of detox foot patch which effective way to remove the dangerous toxin in our body.




Click here for more infomation about Hinokoshiwa foot care.

Wednesday, December 8, 2010

Fakta ISO.5

Sistem pencernaan amatlah penting kerana ia berfungsi menyokong lain-lain bahagian tubuh dan menghantar nutrient keseluruh badan. Apabila sistem pencernaan tidak berfungsi dengan baik, keseluruhan tubuh badan akan menghadapi risiko. Pilihan makanan yang kurang baik boleh menjurus kepada sintom ganguan harian seperti gas dan kesakitan abdomen sebilangan masalah kesihatan lain. Anda mungkin jatuh sakit jika terdapat lambakan toksin dan bahan buangan didalam tubuh anda.

ISO.5 adalah produk khas yang berfungsi pada sistem pencernaan, terutamnya untuk meningkatkan keselesaan pencernaan dan mengoptimumkan fungsi pencucian dan penhyahtoksikan. ISO.5 adalah lengkap dalam erti kata ia menawarkan semua ramua yang perlu untuk prestasi optimum sistem pencernaan. Kombo serat makanan terpilih seperti kacang pis, sekam plisium, gandum, oat, kobinasi dua probiotik berkuasa (Laktobasilus dan Bifidus), lima jenis enzim didalam kombo komplek enzim serta serbuk nanas meningkatkan keselesaan dan kelacaran pergerakkan makanan didalam sistem pencernaan. Kebanyakkan produk yang tersedia ada dipasaran hari ini menawarkan sama ada produk serat sahaja atau probiotik sahaja. ISO.5 menawarkan kesemuanya sekali.







ISO.5 - Minuman Serat Campuran


Membantu Anda Mencapai Pengambilan Serat Makanan Yang Disyorkan!

Lebih lama sisa makanan kekal di dalam usus, maka lebih cenderunglah berlakunya 'pentoksikan auto'. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa toksin di dalam tubuh kita menjadi penyumbang utama peningkatan keadaan yang merosot, penyakit dan proses penuaan. Oleh sebab itu, cara yang baik untuk menggalakkan kesihatan ialah mengekalkan pengawalaturan usus melalui pengambilan serat makanan yang secukupnya setiap hari.

Memandangkan ramai orang sukar memastikan pengambilan serat yang mencukupi melalui diet setiap hari, maka para pengguna hari ini boleh mengambil MINUMAN SERAT CAMPURAN ISO.5 dalam sachet mudah. MINUMAN SERAT CAMPURAN ISO.5 adalah campuran imbangan teliti serat makanan, probiotik dan enzim berkualiti tinggi yang boleh mencuci dan memberi zat secara lembut kepada saluran gastrousus, membantu menyingkirkan toksin dan bahan buangan daripada sistem tubuh, serta mengekalkan tahap tenaga tubuh anda. Kandungan serat tingginya boleh juga membantu mencapai matlamat pengurusan berat badan dengan memberikan perasaan 'penuh' atau kepuasan. Setiap ahli keluarga anda, termasuk kanak-kanak yang kurang pengambilan serat harian terutamanya sekiranya mereka tidak menggemari sayur-sayuran boleh memilih MINUMAN SERAT CAMPURAN ISO.5 sebagai suplemen serat mereka untuk membantu menyihatkan usus serta memelihara kesejahteraan keseluruhan.

Fakta ringkas mengenai Minuman Serat Campuran ISO.5:
Setiap hidangan 15 g memberikan anda:
  •  Lebih daripada 6 g serat makanan iaitu bersamaan 300 g sayur-sayuran
  • Lebih daripada 6 bilion kultur probiotik, bersamaan pengambilan 6 hidangan produk susu kultur di pasaran
  • Lebih daripada 0.1 g enzim tumbuh-tumbuhan hidup bersamaan pengambilan 3 atau 4 potong betik atau nanas


Ringkasan kebaikan Minuman Serat Campuran ISO.5:
  • Menggalakkan kesihatan usus yang lebih baik
  • Melancarkan sistem pencernaan
  • Membantu merendahkan kolesterol tidak baik dan mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
  • Membantu mencegah pembentukan karsinogen, asid hempedu dan sebatian toksik lain
  • Membantu mengaktifkan sistem imun
  • Membantu meningkatkan kawalan glisemik dan mengawalaturkan gula darah
  • Menggalakkan sintesis vitamin
  • Memberikan kawalan berat badan yang lebih baik





Berita Kesihatan - Petikkan dari akhbar


3,900 hidap barah usus setahun


Oleh LEE HOOI BOON

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Kementerian Kesihatan menganggarkan hampir 3,900 rakyat negara ini dilaporkan menghidapi barah usus setiap tahun.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) berkata, kaum Cina merupakan golongan tertinggi menghidap barah tersebut diikuti India dan Melayu.

''Satu kajian yang dilakukan oleh pihak kementerian menunjukkan masyarakat Cina terdedah kepada ancaman barah usus dengan peratusan 28.8, diikuti India (9.9 peratus) dan Melayu (7.1 peratus)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Simposium Barah Usus dan Hepatologi di Hospital Selayang di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dan Perunding Kanan Genetik dari Brigham and Women's Hospital, Harvard Medical School, Boston, Amerika Syarikat, Prof. Datuk CC Liew.

Menurut Tiong Lai, kaum lelaki merupakan golongan yang mempunyai risiko paling tinggi menghidapi barah usus berbanding dengan golongan wanita di negara ini.

''Laporan kajian kesihatan Malaysia dari tahun 2003 hingga 2005 menunjukkan barah usus merupakan penyakit yang biasa dihidapi di kalangan lelaki yang mencatatkan sebanyak 14.5 peratus.

''Sementara itu, sejumlah 9.9 peratus wanita di negara ini menghidapi penyakit ini dan ia merupakan 'pembunuh ketiga' bagi golongan wanita selepas barah payudara dan barah pangkal rahim," katanya.

Katanya, laporan tersebut menunjukkan amalan cara pemakanan dan kehidupan merupakan punca utama yang menyebabkan seseorang menghidapi barah usus.

Menurutnya, individu yang kurang mengambil makanan berserat dan bersenam merupakan golongan yang mempunyai risiko tinggi menghidapi penyakit itu.

''Lantaran itu, rakyat Malaysia dinasihati supaya mengamalkan cara pemakanan seimbang dan sentiasa bersenam untuk menjauhkan diri daripada penyakit yang boleh dicegah itu," katanya.

Dalam pada itu, Tiong Lai juga berkata, sejumlah 18 pakar barah usus sedang berkhidmat di 13 hospital kerajaan seluruh negara.

Katanya, mereka ditempatkan di hospital Alor Setar, Ipoh, Klang, Ampang, Kuala Lumpur, Putrajaya, Seremban, Melaka, Johor Bahru, Terengganu, Kota Bharu dan Kota Kinabalu.

''Selain itu, pada masa ini, seramai 13 doktor juga sedang menjalani latihan dalam bidang barah usus," katanya.

Beliau berkata, kementerian akan memperkukuh dan mempertingkatkan perkhidmatan perubatan yang ditawarkan di hospital kerajaan supaya semua rakyat boleh mendapat manfaatnya.


Petikan dari Utusan Malaysia October 27, 2009

Tuesday, December 7, 2010

ISO.5 Brief Information

ISO.5 is a fiber rich formula that specializes in detoxification. It is effective in promotinh a health bowel system and work well in digestive system to enhance digestive comfort as well as optimize the cleansing of the guts.








 

Facebook like button

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...