LAPIK TILAM TERAPIUTIK BIO-ION
CONTIAGO terdiri daripada 11 lapisan bahan berkualiti tinggi:
CONTIAGO :
1.Fabrik Poliester / Polipropilena Damask Jacquard
2. Lapisan Bulu Bebiri Sintetik
3. Fabrik Tidak Bertenun
4. Busa Poliuretana
5. Elemen Pemanas Karbon Fleksibel
6. Busa Poliuretana
7. Busa Poliuretana bertatah Polyurethane
- Magnet Kekal Neodimium Berpretasi Ultra Tinggi
- Magnet Kekal Ferit Berprestasi Tinggi
- Batu Mineral Jed Semula Jadi
9. Kepingan Busa Politilena
10. Bulu Bebiri Sintetik
11. Fabrik Poliester / Polipropilena Damask Jacquard
IMBANGAN KELEMBUTAN DAN KETEGUHAN
Lebih teguh tidak bermakna lebih
baik. Katil atau lapik tilam yang terlalu teguh tidak akan menyokong dengan
seimbang dan hanya menyokong bahagian tubuh yang paling berat. Manakala, katil
atau lapik tilam yang terlalu lebut pula akan melendut dan mencegah pengekalan
penjajaran terbaik tulang belakang. Tubuh manusia mempunyai lebih kurang 700
otot, dimana kebanyakkannya perlu berehat semasa tidur. Otot tertentu seperti
otot betis bertindak sebagai pengepam darah dan membantu pengaliran semasa
tidur dan kebanyakkan otot yang berkaitan dengan tulang belakang perlu berehat
semasa tidur. Pembentukkan busa dalaman yang berketahanan tinggi pada LAPIK
TILAM TERAPIUTIK BIO-ION CONTIAGO memberikan lebih keselesaan dan sokongan
keseluruhan. Ia menawarkan sentuhan dan imbangan yang betul bagi memberikan sokongan
yang teguh tetapi lembut bagi memastikan tubuh anda mendapat penjajaran terbaik
di kepala, leher dan tulang belakang.
KESELESAAN TIADA TANDINGAN
Tidur di atas LAPIK TILAM
TERAPIUTIK BIO-ION CONTIAGO memberikan tahap keselesaan yang lebih tinggi yang
anda tidak jangkakan. Pengunaan yang kerap mendapati kurang keresahan semasa
tidur oleh kerana keselesaan melegakan yang ditawarkan fabric Poliester /
Polipropilena Damask Jacquard yang mewah memberikan keteguhan yang melegakan
dan lembut untuk menyelesaikan kontur tubuh anda dengan sempurna. Lapisan
dalamannya dibentuk dengan pelbagai kebaikan fungsi yang menyumbangkan kepada
keselesaan dan tidur yang menyenangkan.
KETAHANAN TERJAMIN
Ketahanan menentukan selama mana
bahan lapik tilam akan berkekalan. Satu criteria penting bagi ketahanan
bergantung kepada kualiti bahan yang digunakan untuk membentuk teras serta
sarungnya. LAPIK TILAM TERAPIUTIK BIO-ION CONTIAGO memberikan lapik tilam yang
terjamin tinggi ketahanannya, walaupun digunakan selalu. Untuk ketahanan yang
berpanjangan, harga berpatutan dan nilai terbaik – LAPIK TILAM TERAPIUTIK
BIO-ION CONTIAGO mendahului jenama yang lain.
LAPIK TILAM TERAPIUTIK BIO-ION
CONTIAGO terdiri daripada lapisan fabric yang dirawat khas yang mengandungi
Bioseramik berkuasa dan selapis khas yang mengandungi Batu Mineral Jed Semula
Jadi yang memancarkan gelombang Inframerah Jauh yang menembus ke dalam, dengan
julat panjang gelombangnya di antara 8 hingga 14 mikron. Sinar Inframerah Jauh
ini dipercayai dapat mewujudkan reaksi jauh kedalam kulit.
LAPIK TILAM TERAPIUTIK BIO-ION
CONTIAGO mengandungi lapisan khas yang ditatahi serangkai Bio-magnet kekal yang
berkuasa seperti Magnet Kekal Neodimium Berprestasi Ultra Tinggi (2,600 Gauss)
dan Magnet Kekal Ferit Berprestasi Tinggi (1,000 Gauss) yang mampu menghasilkan
medan Bio-magnetik penting. Eksperimen yang dikendalikan oleh beberapa
university terkenal Eropah dan penyelidik di serata dunia menunjukkan bahawa
Terapi Magnetik mampu menolong meningkatkan tidur merehatkan yang berkualiti
tinggi di sanping memberikan kelegaan tekanan.
LAPIK TILAM TERAPIUTIK BIO-ION
CONTIAGO mengandungi lapisan khas elemen Pemanas Karbon Fleksibel yang menghasilkan
secara semula jadi kesan pemanas terma yang selamat dan penting. Kombinasi
lapisan pemanas ini dan kepingan Aluminium Berlogam memastikan permukaan
radiasi yang dikawal secara elektronik yang selamat mampu mencapai dari suhu
minimum 400C sehingga ke suhu maksimum 700C. Dengan
membekalkan keselesaan pemanasan yang melegakan, fungsi terma ini dipercayai
boleh mengurangkan kesakitan minor tubuh yang sering terjadi apabila cuaca
sejuk. Penguna boleh juga menetapkan tempoh rawatan terma tersebut dengan memilih
penetapan masa yang diingini. Tahap suhu dikawal secara automatic oleh Unit
Kawalan Termostat Termaju Pelbagai Fungsi yang direka khas.
Batu Jed telah dihargai sejak
sekian lama kerana kecantikkannya, ketahanannya dan sifat “peningkatan
kesihatannya”. Apabila Batu Mineral Jed Semula Jadi di dalam LAPIK TILAM
TERAPIUTIK BIO-ION CONTIAGO dipanaskan, ia akan meradiasi sinar Inframerah Jauh
yang dipercayai dapat membantu mengoptimumkan kesejahteraan tubuh.
Ion Negatif – juga dikenali
sebagai “Ion Gembira” atau “Ion Baik” adalah salah satu elemen utama yang
menyegarkan dan member kepekaan kepada kita. Ion ditemui di mana-mana sahaja
didalam udara dan ia menolong memberikan tenaga kepada tubuh manusia.
Tempat-tempat semula jadi seperti air terjun, puncak gunung dan tepian pantai
mempunyai kehadiran jumlah Ion Negatif yang tinggi dengan kesan menyegarkan
kepada manusia. Rasa bertenaga dan segar selepas hujan lebat adalah disebabkan
kehadiran Ion Negatif di dalam udara. Batu Mineral Jed Semula Jadi yang
digunakan di dalam LAPIK TILAM TERAPIUTIK BIO-ION CONTIAGO dan fabric khas yang
dirawat dengan Bioseramik pemancar Ion Negatif akan meliputi tubuh anda sewaktu
anda mendapat tidur berkualiti tinggi.
BEBAS HAMA
Lapisan atas iaitu Fabrik
Poliester / Polipropilena Damask Jacquard dirawat khas dengan ciri anti hama
(Anti-Dust Mite Properties – ADP) yang menjadi halangan yang tidak dapat
ditembusi allergen hama – memberikan perlindungan anti-hama untuk tidur
berkualiti tinggi yang bersih dan bebas masalah.