Ramai memilih mengupas kulit buah sebelum rnemakannya. Sedangkan ada beberapa jenis buah-buahan yang kulitnya mempunyai kandungan gizi yang tinggj berbanding buah itu sendiri. Berikut adalah buah-buahan yang dimaksudkan:
Gambar ehsan Google.
Kulit limau
Kulit buah limau memiliki jumlah serat empat kali lebih banyak berbanding buahnya. Bukan setakat itu sahaja, zat flavanoid yang terdapat di dalamnya seperti tengeretin dan nobiletin amat tinggi sekiranya ingin dibandingkan dengan buah-buah lain. Dikatakan, kedua-dua zat antioksidan itu berupaya mencegah kanser sekali gus bertindak sebagai zat anti keradangan.
Kulit bawang merah
Kulit bawang merah sebenarnya kaya dengan zat quercetin di mana ia sangat bagus untuk mengurangkan masalah tekanan darah tinggi sekali gus mencegah kehadiran plak arteri. Kandungan zat antioksidan di dalamnya dikatakan lebih banyak daripada bawang merah itu sendiri. Bagaimanapun, mengambil bawang merah secara mentah tidak digalakkan sama sekali selagi tidak dicampurkan sebagai bahan perencah masakan.
Kulit kacang badam
Ramai gemar mengupas kulit kacang badam sebelum rnemakannya. Sebenarnya, kulit kacang tersebut sangat baik untuk meningkatkan tahap pencernaan oleh kerana kandungan serat yang tinggi. Pada masa sama, vitamin E juga terdapat pada kulit kacang berkenaan di mana ia secara tidak langsung berfungsi mengurangkan kadar kolesterol di dalam badan. Oleh itu, jadikan pengambilan kacang ini bersama kulitnya secara rutin bagi mendapatkan kesihatan yang optimum.
Kulit epal
Ramai gemar pada kelazatan buah epal. Rasanya yang manis mampu menambat cita rasa semua. Namun, ada di antaranya gemar mengupas kulit epal sebelum rnemakannya. Selepas ini, cuba amalkan makan epal bersama kulitnya kerana ia mampu mengurangkan risiko penyakit yang berhubung dengan kolesterol dalam darah selain melindungi anda daripada masalah kencing manis dan serangan jantung.
No comments:
Post a Comment