Gastrik antara penyakit yang sinonim di
bulan puasa. Bila terkena sakitnya memang tidak boleh digambarkan dan satu yang
perlu diingati ialah penyakit ini memang sukar untuk diubati. Biarpun begitu,
bagi anda yang menghidapinya janganlah risau kerana ada cara untuk anda
mengelak dari terkena serangan gastrik ini.
Mengatur waktu makan
Jangan melambatkan waktu berbuka. Sekiranya
anda sering tidak sempat berbuka pada waktunya kerana terperangkap dalam
kesesakan, sediakan kurma, biskut dan air sebagai persediaan.
Pilih makanan yang sesuai
Paling perlu dihindari adalah makanan yang
masam. Selain itu anda juga harus berhati-hati dengan makanan yang berlemak dan
pedas. Jika makanan ini termasuk dalam pola makan anda, kesannya pasti anda
ketahui. Elakkan berbuka dan bersahur dengan makanan ini.
Jangan merokok
Selain membuang tabiat yang tidak berfaedah
ini, hindari juga tempat yang banyak asap rokok. Nikotin dan radikal bebas yang
dikeluarkan oleh rokok akan mempengaruhi sel-sel yang ada di dalam lapisan
perut. Akibatnya gastrik lebih mudah menyerang.
Jauhi Alkohol
Alkohol mempunyai sifat kimia yang mengikis
pelindung perut. Jauhi Alkohol bererti anda sudah menyelamatkan bukan saja
perut tetapi hati dan hempedu kita.
Berehat
Stres juga boleh menyebabkan serangan
gastrik. Jadi pandai pandai lah mencari cara agar anda boleh riles dan tenang
bila tertekan. Yoga, meditasi atau sekadar menghirup wangian aroma terapi boleh
menjadi pilihan tepat.